Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 19, 2026 @ 4:43pm

Zizi Kirana Tegur Netizen Persoal Status Iddah – “Fokus Sumud Dik”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana tampil menegur seorang individu yang mempersoalkan kehadirannya dalam siaran langsung membabitkan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Ia selepas individu berkenaan meninggalkan komen mempertikaikan status iddah penyanyi lagu Eh itu.

“PU Rahmat sedang live dekat command centre Sumud sekarang. Tiba-tiba nampak Zizi dekat situ. Bukan dia dalam iddah ke?,” soalnya.

Hantaran berkenaan bagaimanapun menarik perhatian Zizi yang tampil membalas komen tersebut secara ringkas namun cukup tegas.

“Fokus sumud dik,” balasnya menerusi hantaran di Threads.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa berang dengan tindakan individu berkenaan yang sibuk mengambil tahu perihal isu peribadi Zizi.

Terdahulu, Zizi menerusi perkongsian di platform sama berharap, orang ramai tidak terbawa-bawa dengan perbalahan yang boleh menjejaskan fokus utama misi GSF.

Menurutnya, perhatian wajar dikembalikan kepada tujuan asal iaitu usaha kemanusiaan serta solidariti terhadap rakyat Palestin.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 19 Jul 2022

Berniqab Bukan ‘Penghalang’, Neelofa Syukur Ada Jenama Sudi Bekerjasama.. Terharu Ramai Lebih Terbuka

Wahhh, Alhamdulillah murah rezeki Lofa 🥰🤩 Tak dinafikan Lofa sering menampilkan fesyen dan gaya yang onz kann 🤩😍

Featured Thu, 9 Aug 2018
Featured Sat, 28 May 2022

“Saya Tak Nak Jadi Budak-Budak…”- Ini Penjelasan Siti Nurhaliza Mengenai Isu Papan Iklan Digital

Sepatutnya bangga lah kan Siti wakil warga Malaysia dalam kempen EQUAL…

Events Mon, 10 Apr 2023

Rindu Di Hari Lebaran, Lagu Raya Terbaru ‘Hadiah’ Datuk Jamal Abdillah Buat Peminat

Bestnyaaaa… selalu dengar lagu Saalm Aidilfitri je😍🥰

Featured Fri, 4 Nov 2022
error: Content is protected !!