Euforia Bola 2026
LIFESTYLE By: Padin May 20, 2026 @ 8:08pm

Semakin Ramai Selebriti & Usahawan Pilih Bangunkan Jenama Sendiri, Ini Yang Ramai Tak Tahu

Semakin ramai selebriti dan usahawan tempatan kini mula memilih untuk membangunkan jenama produk sendiri terutama dalam industri kecantikan, kesihatan dan penjagaan diri yang dilihat terus berkembang seiring pengaruh media sosial serta perubahan trend pengguna.

Di sebalik lambakan produk tempatan di pasaran, ramai mungkin tidak mengetahui proses membangunkan sesuatu jenama sebenarnya memerlukan penelitian cukup teliti bermula daripada pembangunan formulasi, pemilihan bahan mentah, proses pengilangan sehingga aspek penjenamaan dan pemasaran.

Malah, kebanyakan pengasas jenama hari ini juga semakin memberi perhatian terhadap aspek kualiti dan identiti produk bagi memastikan sesuatu jenama mampu bertahan dalam tempoh panjang, bukan sekadar bergantung kepada trend viral semata-mata.

Disebabkan itu, ramai usahawan dan selebriti memilih bekerjasama dengan syarikat OEM yang mempunyai pengalaman serta sistem pembangunan produk lebih menyeluruh bagi membantu merealisasikan idea mereka ke pasaran.

Antara syarikat yang semakin mendapat perhatian dalam industri ini ialah Masha Group yang sudah lebih sedekad terlibat dalam pembangunan produk OEM merangkumi kategori penjagaan kulit, kosmetik, suplemen kesihatan serta penjagaan badan dan rambut.

Menurut pengasasnya, Enica Foong, ramai individu sebenarnya mempunyai idea untuk menghasilkan produk sendiri namun tidak mengetahui langkah awal terutama dari segi R&D, pensijilan dan proses pengilangan.

“Ramai ada idea dan impian nak bina jenama sendiri, tetapi kurang pendedahan tentang proses sebenar pembangunan produk.

“Sebab itu kami cuba membantu usahawan supaya mereka boleh lebih fokus kepada identiti jenama dan strategi pemasaran mereka,” katanya.

Tambahnya, pengguna hari ini juga semakin bijak dalam memilih produk dan tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata.

“Sekarang pengguna lebih melihat kepada pengalaman penggunaan, formulasi dan keberkesanan sesuatu produk. Mereka mahu produk yang benar-benar berkualiti dan sesuai digunakan dalam jangka panjang,” katanya.

Selain pembangunan formulasi, syarikat itu turut membantu dari segi pembungkusan, penjenamaan serta aspek regulatori bagi memastikan produk lebih bersedia untuk dipasarkan secara profesional di pasaran tempatan dan antarabangsa.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Fab Foodies! Thu, 3 Oct 2019

Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #Biarbetuliklanni!

Pengguna perlu berwaspada apabila membuat pembelian ubat dalam talian

LIFESTYLE Sat, 29 Sep 2018

Jimatkan Perbelanjaan Bulanan Keluarga

Sebelum anda bertindak menyalahkan mana-mana pihak, apa kata perhatikan gaya hidup anda dahulu. Mungkin terdapat perbelajaan bulanan ada yang agak berlebihan.

LIFESTYLE Tue, 8 Oct 2019

Tabiat Tutup Hidung Dan Mulut Ketika Bersin Ada Risiko?

Berisiko Bahayakan Kesihatan Dalaman Jika Amalkan Tabiat Ini.

LIFESTYLE Fri, 24 Aug 2018

Tips Pilih Ketam Segar

Ketam kalau salah pilih boleh berbau hanyir dan apabila di masak rasa pahit. Macam mana nak tahu ketam segar ke tak ? Jom baca

Events Wed, 17 Jul 2019

Tahniah! Isteri TMJ Selamat Lahirkan Putera Raja

Tahniah TMJ dan Che Puan Khaleeda!

LIFESTYLE Tue, 24 Jul 2018

Here’s Why Malaysians Might Love to Visit Japan this Summer Despite Heat

It’s hot but there’s a silver lining to it.

LIFESTYLE Mon, 20 May 2019
Fab Foodies! Thu, 17 May 2018

5 Buah Yang Sesuai Untuk Anda Yang Sakit Jantung

” An apple a day keeps the doctor away” antara buah yang dapat membantu dan mencegah penyakit jantung

Fab Foodies! Tue, 5 Jun 2018

「喝豆浆不滤渣」肠道好菌更旺!豆渣营养超高

豆浆是由黄豆(又称大豆)所制作而成,但大部分人往往在制作豆浆的过程中,将「豆渣」过滤掉,殊不知你滤掉的可是对身体健康有益处的宝物呀!

Fab Foodies! Wed, 29 Aug 2018

Raj’s Banana Leaf Now Rebranded to RBL, But Will Hygiene Improve?

Will RBL be able to pick up the hype which Raj’s Banana Leaf had or will it be a complete flop?

error: Content is protected !!