Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 21, 2026 @ 8:20pm

June Lojong Meremang Kongsi Pengalaman Shooting Di Penjara Lama Johor, Tulisan Banduan Buat Hati Tersentuh – “‘Mak Tunggu Aku Balik’ Antara Yang Buat Saya Insaf”

Pelakon yang juga isteri kepada aktor popular, Namron iaitu June Lojong mengakui pengalaman menjalani penggambaran di lokasi penjara lama di Johor Bahru meninggalkan kesan mendalam terhadap dirinya.

Menurut June, lokasi penggambaran filem Polong menggunakan sel sebenar yang digunakan banduan terdahulu yang kini dikenali sebagai Kota Jail.

Namun, ketika penggambaran berlangsung, kawasan tersebut ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian sebelum dibuka semula kepada orang ramai.

“Meremanglah sebab sel tu abandon. Sel yang digunakan itu adalah sel terakhir dimana babak yang dalam penjara tu betul-betul dah tak jadi penjara.

“Dan babak yang gantung tu di mock-up dekat sebelah, sebelah lagi adalah bangunan dima ia adalah tempat banduan digantung. Itu yang meremang.

“Lokasi tu adalah Kota Jail di Johor Bahru. Sekarang dah panggil Kota Jail, dulu penjara lama Johor. Sekarang ni dia macam pasar, tempat makan.

“Ketika kami menjalani penggambaran, kawasan itu ditutup sementara bagi kerja pengubahsuaian sebelum dibuka semula kepada orang ramai,” katanya.

June berkongsi menegnai perkara itu ketiak ditemui usai tayangan perdana filem Polong yang di adakan di Hextar World, Petaling Jaya pada Rabu.

Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya menjalani penggambaran di lokasi tersebut, June berkata, suasana di dalam penjara lama itu membuatkan dirinya berasa insaf terutamanya ketika melihat tulisan asal yang dipercayai ditinggalkan oleh banduan di situ.

“Rasa seram sejuk, sebenarnya seram sejuk dan rasa sangat-sangat insaf sebab dekat dalam tu ada tulisan-tulisan dia orang tak buang lagi.

“Dan ada satu sel tu memang pakai kita pakai. Tapi yang sebelah belakang tu kita pergi tengok ada tulisan banduan.

“Macam-macam lah kata-kata yang ditulis antaranya, ‘Mak tunggu aku akan balik’…. ‘Aku tak nak buat lagilah’… macam tulah. Jadi kita rasa insaf dan terfikir macam tu sebenarnya mereka dekat dalam ni,” jelasnya.

Dalam pada itu, June mengaku watak Maria Hadi yang dilakonkan dalam filem ini sangat berat kerana perlu menyimpan pelbagai emosi untuk diluahkan kepada penonton.

“Berat, berat sangat sebab dia ada beberapa layer yang macam saya kena simpan yang tak boleh tunjuk 100% dekat audience.

“Yang sangat-sangat mencabar tu adalah apa yang Mariani dah simpan dekat dalam dan luar. Luar tu nampak tenang, nampak happy je kan, dia senyum je, nampak tenang walaupun dia seorang banduan. Tapi dekat dalam tu dia punya kekacauan, dia punya penyesalan, dia punya kesedihan terhadap anak, keluarga dia… itu yang mencabar sangat.

“Sebab tak boleh tunjukkan kat dalam. Nak hold perasaan tu sangat-sangat susah,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 10 Feb 2023
Featured Tue, 5 Sep 2023

[VIDEO] Seperti Hangat Dilamun Cinta, Ira Kazar Belanja Nyanyi Lagu ‘Best Part’

Wah wahhhh, sedap juga suara Ira ni menyanyi, ada serak serak basah sikit gituh.. 🤪🥰

Hiburan Sat, 9 Mar 2019

Penantian 20 Tahun, Exist Kembali Kongsi Pentas

Penyanyi dan bekas anggota kumpulan Exist, Ajai mengesahkan kumpulan itu bakal membuat konsert reunion tahun ini. Selepas 20 tahun tidak mengadakan persembahan bersama, Ajai dan ahli kumpulan lain bakal mengubati kerinduan peminat dalam konsert itu […]

Featured Sun, 5 Apr 2020
Featured Wed, 12 Jan 2022

Cucu Menangis Enggan Berpisah Dengan Datuk Setelah Dua Tahun Terpisah Akibat PKP

Ketika negara kita dilanda Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), banyak keluarga yang terpisah dan hanya dapat bersatu semula selepas kebenaran rentas negeri dilonggarkan. Tidak ketinggalan, keluarga ini juga terpisah dengan datuk dan nenek di kampung selama […]

Featured Mon, 29 May 2023
error: Content is protected !!