Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 22, 2026 @ 4:13pm

Ciapan ‘This Place’ Raih Tumpuan, Kamal Adli Kenang Detik Perceraian Bersama Uqasha Senrose Di Mahkamah? Netizen Pesan Jangan Bersedih!

Pelakon, Kamal Adli mencuri perhatian ramai apabila dipercayai mengimbau kembali detik perceraiannya bersama bekas isteri, Uqasha Senrose.

Menerusi ciapan di platform Threads, Kamal dilihat memberi respons terhadap video dimuat naik Melodi TV3 yang memaparkan selebriti, Noreen hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding perceraiannya bersama suami.

“This place,” tulisnya ringkas di ruangan balas, namun kata-kata tersebut cukup menyentuh hati netizen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat aktor filem Lahad Datu itu selain berharap Kamal terus kuat dan tidak terlalu melayan kesedihan yang dilaluinya.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 sebelum sah bercerai talak satu pada 12 Januari 2026.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Hawra Uqaira.

Artikel Berkaitan: Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Artikel Berkaitan: “Kenapa Kau Akhirnya Lafaz Cerai Juga?” – Ciapan Raih Tumpuan, Uqasha Senrose Didakwa Persoal Tindakan Kamal Adli

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Wed, 4 Sep 2019

Watch The Return of OG ‘Air Supply’ in Resorts World Genting this December

The intimate concert celebrates over 40 years of Air Supply hits.

Hiburan Sat, 13 Sep 2025

“September Bulan Air Mata Shuib” – Watie Hanifiah Titip Doa Buat Suami

Watie Hanifiah titip ucapan buat Shuib sempena ulang tahunnya

Hiburan Tue, 7 Mar 2023

“Happy Birthday To Me!” – Syamsul Yusof Enggan Lafaz Cerai, Puteri Sarah Dedah Ibu & Bapa Mentua Ingin Jadi Saksi

Menurut Sarah, Yusof dan Patimah sentiasa berada di sisinya dan tahu apa yang berlaku antaranya dan Syamsul.

Featured Thu, 10 Aug 2023
Hiburan Wed, 8 Jan 2020
Featured Thu, 8 Sep 2022

Terima Kecaman Disebabkan ‘Kacang’, Azfar Heri Akui Kesilapan & Tampil Mohon Maaf – “Saya Tak Tahu Wujudnya…”

Azfar pun dah minta maaf… anggap je la tu rezeki dia 😌 Tapi min respect dengan @azfarheri sebab sangat profesional!

Hiburan Tue, 4 Sep 2018

Ismail Izzani Tak Bayar Bil Hotel, Punca Fathia Latiff Bongkar Rahsia

Nak tahu punca penularan gambar panas antara Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie? Baca berita sepenuhnya di xtra.com.my

error: Content is protected !!