Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin August 10, 2023 @ 11:50am

“Memang Dia Dah Buang Kami Anak Beranak & Fokus Pada Wanita Itu” – Ibu Shila Amzah

“Saya dah digantung tak bertali sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan lalu kehidupan saya huru hara”.

Demikian respons yang diberikan oleh ibu kepada penyanyi Shila Amzah, Fauziah Sarman berkenaan status rumah tangganya yang telahpun menemui titik noktah.

Mengaku penat mempertahankan rumah tangganya selama ini, Fauziah bagaimanapun reda dengan ketentuan ilahi.

Malah, sejak ND Lala balik tiga bulan yang lalu, kehidupannya dipercayai huru hara apatah lagi bekas suaminya itu seakan tidak menghargai dirinya.

“Saya dah cuba dan ikhtiar, saya dah berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri.

“Sekarang sampai masanya untuk lepaskan dia. Bukan tanda mengalah tapi saya dah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah.

“Saya dah digantung tak bertali. Ia berlaku sejak 2022 dan ketika dia balik tiga bulan hari itu pun, kehidupan saya huru hara.

“Kami bergaduh besar 1 April lalu dan abang ND entah macam mana buat pengakuan memang dah kahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu.

“Dia tipu saya kata bulan Disember. Mungkin dia daftarkan bulan 12 tapi menurut sumber, dia dah kahwin lama iaitu dah lapan tahun.

“Katanya bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tapi saya semak di pejabat Wilayah dan Selangor tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” katanya.

Tambahnya, ND Lala juga lebih memberikan fokus terhadap wanita berkenaan dan mengabaikan mereka anak beranak.

“Dia memang fokus pada wanita itu dan bahasa kasarnya memang dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

“Sebab dia kahwin lain, jadi seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Tapi kalau saya minta cerai, dia akan ceraikan…mungkin. Tapi dia pernah kata dengan rakan itu, walau apapun dia takkan ceraikan saya,“jelasnya.

Terdahulu, Fauziah memaklumkan bekas suaminya itu telah melafazkan talak satu pada 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar.

Dan, pada 8 Ogos 2023, Fauziah telah dimaklumkan mengenai perkara itu menerusi pesanan WhatsApp.

“Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:35 Tahun Mendirikan Rumah Tangga, ND Lala & Isteri Sah Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Gosip Selebriti 80-an Kahwin Wanita Muda, Netizen Petik Nama ND Lala… Isteri Pula Kongsi Foto Sempena Anniversary Ke-35

ARTIKEL BERKAITAN:”Ketika Bijak Itu Diinjak, Bicaralah!”- Suami Didakwa Nikah Wanita Muda, Status Ibu Shila Amzah Raih Perhatian

 

Sumber: Harian Metro

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 4 Oct 2018

Isteri Tidak Lagi Bertudung, Ini Jawapan Ikhlas Nabil Ahmad

Kalau paksa sangat pun, saya rasa tak kena juga sebab kalau boleh, biarlah dia sendiri yang ikhlas untuk berhijab.

Featured Thu, 28 Apr 2022

“Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

Datuk Seri Siti Nurhaliza mempunyai keinginan sambung belajar jika masa dan komitmen mengizinkan.

Hiburan Tue, 30 Jul 2024

Kongsi Video Mesra, Iman Troye Bercinta Dengan Adib Banana Dibs?

Wahhhh Iman dah tak broken ke? Bahagia dengan Adib ekk 🫣😘

Featured Fri, 21 Nov 2025

Sharifah Sakinah Cari Tukang Urut Tak Banyak Cakap, Netizen Saran Dapatkan Khidmat Di Penjara Kajang – “Murah & Berbaloi”

Sakinah berkata, dia hanya mahukan sesi urutan yang ringkas, profesional dan bebas daripada ‘ceramah percuma’.

Hiburan Wed, 13 Mar 2024
Contest Mon, 26 Aug 2019

xtra好康头 | 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票

xtra好康头 送你林子祥《开心演唱会2019》云顶站入门票,让他用微笑征服你的心,见识不一样的林子祥。

Hiburan Fri, 26 Apr 2019

Peminat Taja Majlis Resepsi Mac Ruhayu

Selamat Pengantin Baharu Mac Ruhayu & Sulaiman. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat…

Events Thu, 15 Nov 2018
error: Content is protected !!