Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 5, 2025 @ 5:46pm

[VIDEO] “Saya Yang Terinspirasi Dengan Dia” – Syed Saddiq Kagum Semangat Luar Biasa Ayden

“Saya yang terinspirasi dengan dia, bukan sebaliknya.”

Demikian pengakuan jujur Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menyaksikan keberanian luar biasa Ayden Adrean, 8, anak kepada selebriti Bella Astillah, menamatkan cabaran renang sejauh 400 meter dalam laut bergelora di Langkawi, baru-baru ini.

Walaupun baru berusia lapan tahun, Ayden membuktikan semangat juangnya luar biasa apabila berjaya mengharungi Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu selepas hanya seminggu berlatih.

“Kali pertama saya lihat Ayden berenang, nak habiskan 25 meter pun susah. Sekarang, dia boleh berenang 400 meter dalam laut terbuka. Itu bukan sesuatu yang mudah. Saya benar-benar terinspirasi dengan dia, bukan sebaliknya,” katanya kepada XTRA.

Saddiq berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Roadtour Skor A+ SPM 2025 Selangor yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, semalam.

Menurut Saddiq, kejayaan Ayden bukan sekadar pencapaian peribadi, malah memberi impak besar kepada orang luar apabila ramai ibu bapa menghubunginya memaklumkan mereka mahu menggalakkan anak-anak menyertai sukan selepas melihat kisah tersebut.

“Ramai hubungi saya, cakap mereka tergerak hati nak daftarkan anak ke kelas berenang, basikal dan mengamalkan gaya hidup sihat kerana apa yang Ayden lakukan.

“Saya harap cerita inspirasi begini dapat membuka mata ibu bapa untuk mendidik anak-anak mereka tentang kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 24 Mar 2023
Hiburan Mon, 21 Apr 2025
Hiburan Sun, 24 Mar 2019

Kecewa Dituduh Perosak Rumah Tangga, Nina Iskandar Beri Amaran!

Tegas pelakon berusia 27 tahun itu, hubungannya dengan penolong pengarah berkenaan hanyalah atas dasar profesional dan tidak lebih dari itu.

Hiburan Thu, 26 Dec 2024
Featured Sat, 27 Jan 2018

Yuna Sah Milik Adam Sinclair

Penyanyi popular, Yuna kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Adam Sinclair. Penyanyi yang kini menetap di Amerika Syarikat itu melangsungkan perkahwinan pada Jumaat, 26 Januari 2018 bertempat di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

error: Content is protected !!