Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2026 @ 6:04pm

Dekati Golongan Asnaf & Kurang Kemampuan, Quranic Madani Jadi Platform PU Riz Kongsi Pendidikan al-Quran

Pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz meneruskan usaha dakwah dan pendidikan menerusi pelaksanaan program Quranic Madani yang dimulakan bersama penghuni rumah kebajikan, Rumah Titian Kaseh, baru-baru ini.

Program berasaskan pembelajaran al-Quran dan tajwid itu melibatkan kanak-kanak serta remaja daripada golongan asnaf dan kurang berkemampuan dalam usaha memperkukuhkan bacaan serta kefahaman al-Quran sejak usia muda.

Menurut PU Riz, program berkenaan diharap dapat menjadi satu platform bermanfaat dalam membantu masyarakat lebih dekat dengan al-Quran selain mempelajari bacaan yang betul dan bertajwid.

“Alhamdulillah, hari ini kami mulakan sesi Quranic Madani iaitu pengajaran al-Quran dan tajwid bersama anak-anak di Rumah Titian Kaseh.

“Peserta terdiri daripada kanak-kanak seawal usia lapan tahun hingga remaja dan saya bersyukur sesi yang dijalankan berjalan dengan baik serta memberi manfaat kepada semua,” katanya.

Tambah suami kepada pengacara Neelofa itu, inisiatif tersebut juga selari dengan usaha dilakukan Kementerian Agama dalam membantu golongan asnaf dan mereka yang memerlukan khususnya dari aspek pendidikan agama dan kebajikan.

“Usaha ini juga seiring dengan bantuan yang disalurkan pihak kementerian kepada golongan asnaf di sini. Jadi saya rasa ini satu perkara yang sangat baik dan wajar diteruskan,” katanya.

Dalam masa sama, PU Riz berharap program Quranic Madani dapat diperluaskan ke lebih banyak lokasi selepas ini supaya lebih ramai masyarakat mendapat peluang mempelajari al-Quran dengan lebih baik.

“Semoga usaha ini dapat membantu lebih ramai orang di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia untuk belajar membaca al-Quran dengan baik dan bertajwid,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajak Orang Ramai Menghayati al-Quran, PU Riz Anjur Majlis Quranic Madani di Bukit Bintang

Program Quranic Madani dijangka diteruskan ke beberapa lagi lokasi lain sebagai usaha mendekati masyarakat selain memastikan pendidikan al-Quran dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 16 Feb 2022

Gara-Gara Darah Haid Tak Stop 2 Bulan, Wawa Zainal Buang Alat Cegah Kehamilan

Yelah, siapa pernah kena memang rasa tak selesa sangat

Trending Thu, 22 Mar 2018

「爱睡症患者」肯定都这样!

插画艺术家LiNGViSTOV是一个来自俄罗斯的团队所组成,他们当初透过Skype学英文而认识,因为热爱卡通、插画因而开始创作。「爱睡症患者」才懂的嗜睡插画就此诞生!

Events Fri, 3 Jan 2020

Masya & Jeryl Proved There Is No Language Barrier In Music As They Sung 7 Languages At The Start Of New Year

When two vocal powerhouses unite in one stage, it signifies the great start of a new year!

Hiburan Mon, 30 Sep 2019

“Motif” Sharifah Amani Kesal Di Laman Twitter?

Pelakon Harapan Wanita Festival Filem Malaysia ke-18, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya baru-baru ini meluahkan perasaannya di laman twitter apabila filem terbaru lakonannya, Motif tidak mendapat sambutan memberangsangkan di panggung.  Di manakah silapnya?   […]

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

《比悲伤》刘以豪陈庭妮今旋风来马谢票!记下来啦~

《比悲伤更悲伤的故事》在大马「收割」650万令吉票房,剧组兑现承诺让「成全CP」刘以豪和陈庭妮来马亲自向观众谢票!

Featured Thu, 2 Dec 2021

Gara-Gara Viral Di TikTok, Lagu Dinda Masdo Curi Perhatian Pendengar Muzik Indonesia

Dinda jangan marah-marah, takut nanti lekas tua ♫♪♫♪♫

Featured Tue, 17 Aug 2021

“Kalau Disebut Dalam Al-Quran, Saya Akan Padam..”- Izara Aisyah Rela Padam Media Sosial Jika Haram

Pelakon, Izara Aishah yang kini sudah tampil berhijrah mengakui dirinya bersedia untuk memadam akaun media sosial jika hukumnya haram. Jelas Izara lagi dia secara sukarela bersedia untuk memadam akaun sosial medianya jika terdapat hukum mengenai […]

error: Content is protected !!