Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 27, 2026 @ 7:18pm

Kuala Lumpur Sasar Jadi Destinasi Konsert Utama Asia Menerusi KL Headline Season 2026

Kuala Lumpur kini semakin mencuri perhatian sebagai antara destinasi utama dalam rangkaian jelajah muzik langsung Asia apabila semakin banyak artis antarabangsa memilih ibu kota Malaysia sebagai lokasi konsert berskala besar mereka.

Didorong permintaan peminat yang semakin meningkat selain kemudahan infrastruktur bertaraf dunia, Kuala Lumpur dilihat berada dalam kedudukan strategik untuk muncul sebagai hab hiburan langsung serantau sekali gus meletakkan bandar raya ini sebaris dengan destinasi konsert utama lain di Asia.

Perkembangan itu turut diperkuatkan menerusi pelancaran KL Headline Season 2026 oleh Live Nation Malaysia bersama rakan strategik Tourism Malaysia, PR Worldwide dan CelcomDigi bagi membawa lebih banyak persembahan antarabangsa ke Kuala Lumpur sepanjang tahun depan.

Sepanjang tahun 2026, Kuala Lumpur dijadual menjadi tuan rumah kepada 25 persembahan antarabangsa membabitkan enam venue utama dengan anggaran kehadiran lebih 500,000 peminat dari Malaysia dan negara serantau.

Antara artis antarabangsa yang bakal mengadakan persembahan termasuk LANY, Laufey, Bryan Adams, DAY6, TREASURE dan Daniel Caesar.

Selain itu, persembahan berskala stadium melibatkan Post Malone, The Weeknd dan BTS turut dijadual berlangsung di Kuala Lumpur, sekali gus membuktikan kemampuan ibu kota ini mengendalikan produksi hiburan bertaraf antarabangsa.

Pengarah Urusan Live Nation Malaysia, Paramananthan Rajagopal berkata, tidak lama dahulu peminat muzik tempatan sanggup terbang ke luar negara seperti Singapura, Bangkok, Seoul, Tokyo dan Australia semata-mata untuk menonton konsert artis antarabangsa.

“Hari ini situasinya sudah berubah apabila jelajah konsert terbesar dunia mula datang ke Kuala Lumpur.

“Perubahan ini bukan berlaku secara kebetulan, tetapi hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, pemain industri, penaja, pengendali venue, agensi pelancongan, media dan peminat sendiri,” katanya.

Menurutnya, Kuala Lumpur kini semakin diyakini industri jelajah global sebagai bandar yang mampu mengendalikan produksi bertaraf antarabangsa selain mempunyai komuniti peminat muzik yang cukup besar di rantau ini.

Tambahnya, Malaysia berjaya menganjurkan lebih 400 konsert sepanjang tahun 2024 yang menyumbang lebih RM553 juta kepada sektor pelancongan dan ekonomi negara, manakala industri itu dijangka menyumbang hampir RM1.7 bilion kepada ekonomi tempatan tahun ini.

“Konsert hari ini bukan lagi sekadar hiburan, tetapi menjadi pemacu ekonomi yang memberi kesan kepada pelbagai sektor termasuk pelancongan, makanan dan minuman, pengangkutan serta membuka ribuan peluang pekerjaan.

“Ramai peminat dari Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina, Vietnam, Taiwan dan Hong Kong datang ke Kuala Lumpur hanya untuk menonton konsert,” katanya.

Menurut Paramananthan, KL Headline Season diwujudkan bagi meletakkan Kuala Lumpur secara lebih kukuh dalam peta jelajah muzik global selain menggabungkan elemen muzik, pelancongan, budaya dan komuniti dalam satu platform besar.

Setakat ini, Live Nation Malaysia sudah mengumumkan 13 artis antarabangsa bagi KL Headline Season 2026 dengan lebih banyak pengumuman dijangka dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil turut melancarkan inisiatif Beli Tiket Selamat (BTS) yang bertujuan melindungi pengguna daripada penipuan tiket konsert melalui usaha kesedaran, sokongan kepada mangsa dan perkongsian maklumat bersama agensi penguat kuasa.

Menurutnya, kempen yang berlangsung selama 24 bulan itu diwujudkan menerusi kerjasama antara pihak kerajaan dan industri sebagai usaha melindungi orang ramai sebelum, ketika dan selepas berlakunya kes penipuan tiket.

Katanya, inisiatif tersebut hadir pada waktu yang tepat terutama ketika negara sedang memasuki KL Headline Season selain menjelang sambutan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Kita tidak mahu kes penipuan tiket menjejaskan keyakinan serta keterujaan rakyat dan pelancong untuk menghadiri acara hiburan langsung di negara ini,” katanya ketika melancarkan KL Headline Season 2026.

Dalam masa sama, Menteri Wilayah Persekutuan, Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang berusaha memperkemaskan prosedur operasi standard (SOP) serta mempercepatkan proses kelulusan permit acara bagi memudahkan penganjuran konsert dan persembahan langsung di ibu kota.

Katanya, hiburan langsung kini memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan industri pelancongan negara terutama sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Konsert dan acara berskala besar bukan sahaja menarik pelancong antarabangsa, tetapi turut membantu sektor hospitaliti dan perniagaan tempatan,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai KL Headline Season 2026, layari laman rasmi https://www.livenation.my/klheadlineseason2026

Kredit foto: Live Nation Malaysia & PR Worldwide

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 20 Oct 2018

‘Siapa Yang Tak Move On Ni’, Intan Liana Tuju Pada Siapa?

Kes cerai wanita bernama Intan Liana Saleh antara isu yang mendapat perhatian orang ramai sejak 22 Mac lalu. Biarpun dirinya bukanlah seorang artis, nama Intan mula menjadi bualan selepas bekas suaminya, Muhammad Radzi Abdul Wahid […]

Hiburan Tue, 9 Aug 2022

“Dia Bukan Perosak Lagu” – Floor 88 Bakal Duet Dengan Raffa Affar

Bakal berduet dengan Raffa Affar, Floor 88 tidak menganggapnya ‘perosak lagu’.

Featured Fri, 16 Dec 2022

[VIDEO] Syafinaz Kongsi Penyanyi Tanah Air Ada Kualiti Natural Dalam Vokal

Fuhhhh, penyanyi hebat hebat semua 🤩🤩 Cayalahhhh

Featured Thu, 26 Jun 2025

“Perkara Itu Sudah Lama, Tidak Ada Kaitan Dengan Mereka” – AC Mizal

Datuk AC Mizal mengambil keputusan untuk mengikut saluran yang betul mengenai isu yang diketengahkan.

Hiburan Sat, 24 Feb 2018

BILA OTAI DAH BERSUARA, ‘SEBAB KORANG, KAMI MERANA’

Dengar apa saya nak tegur, apa yang kamu lalui kami sudah lama tempuhi, jadi kasihanilah industri hiburan!

Trending Sat, 22 May 2021

Kerana Sotong Masak Hitam, Netizen Panggil Siti Sarah ‘Bodoh’

Penyanyi Siti Sarah mendedahkan dirinya dikecam oleh netizen selepas berkongsi video dirinya sedang menyediakan juadah sotomg masak hitam. Ada warganet yang mendakwa sotong masak hitam haram dimakan lalu memanggil Sarah dengan gelaran ‘bodoh’. View this […]

Hiburan Wed, 15 Jan 2025
Hiburan Mon, 25 Nov 2019

Fikry Ibrahim Harap Aplikasi GoEat Mampu Membantu Bisnes Masakan Dari Rumah!

Wah! Ini dah macam FoodPanda atau Grab Food cuma makanan tu datang dari dapur di rumah! Menarik!

Featured Fri, 21 Jan 2022
error: Content is protected !!