Euforia Bola 2026
Filem By: Padin May 28, 2026 @ 8:04am

Kata Hati Bakal Ubati Kerinduan Peminat Filem Romantik Komedi Tempatan

Di sebalik lambakan filem aksi dan seram yang memenuhi pawagam tempatan sejak kebelakangan ini, kemunculan filem romantik komedi Kata Hati dilihat hadir tepat pada waktunya buat penonton yang merindui naskhah ringan dan menghiburkan.

Bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 4 Jun ini, Kata Hati hadir dengan gabungan elemen cinta, humor dan emosi yang dekat dengan kehidupan seharian selain membawa suasana santai yang semakin jarang diketengahkan dalam industri filem tempatan.

Pengarahnya, Nadiah Hamzah berkata, idea menghasilkan filem tersebut tercetus daripada keinginannya untuk membawa semula genre romantik komedi yang dilihat semakin kurang diterbitkan di Malaysia.

“Selepas filem Motif tujuh tahun lalu, saya memang ada keinginan untuk menghasilkan sebuah filem yang lebih ringan dan menghiburkan.

“Penonton sekarang banyak disajikan dengan filem aksi dan seram, jadi saya rasa ramai sebenarnya rindukan filem romantik komedi,” katanya ketika ditemui selepas tayangan media filem tersebut baru-baru ini.

Tambah Nadiah, Kata Hati juga dihasilkan bagi memberikan pengalaman tontonan yang lebih santai selain membawakan jalan cerita yang mudah dekat dengan penonton.

Filem tersebut dibintangi Nia Atasha, Yusof Hashim, Fazziq Muqris, Scha Alyahya, Taqim Zaki dan Norreen Iman.

Selain jalan cerita yang menghiburkan, kekuatan utama Kata Hati turut terletak pada keserasian tiga pelakon utamanya iaitu Nia Atasha, Yusof Hashim dan Fazziq Muqris yang berjaya menghidupkan karakter masing-masing dengan cukup berkesan sepanjang filem berlangsung.

Sementara itu, Nia yang memegang watak Ayra Natasha berkata, dia gembira apabila diberi peluang membintangi filem romantik komedi selain dapat kembali bergandingan dengan Yusof.

“Saya memang melalui sesi casting untuk watak ini dan sangat bersyukur bila dapat tahu akan digandingkan dengan Yusof.

“Kami pernah beberapa kali bekerjasama sebelum ini, jadi keserasian itu sudah ada dan banyak membantu terutama untuk babak romantik,” katanya.

Kata Hati mengisahkan tentang Ayra Natasha, seorang selebriti terkenal yang dipertemukan dengan seorang pemandu e-hailing bernama Imran sebelum lelaki itu akhirnya menjadi pemandu peribadinya.

Daripada hubungan profesional, perlahan-lahan muncul bibit cinta antara mereka yang membawa pelbagai situasi lucu dan menyentuh hati sepanjang perjalanan cerita.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Tue, 2 Oct 2018
Events Wed, 6 Mar 2019

Menariknya “A Day With Hijabistas” Raikan Wanita Berhijab Sedunia

Tengok tu, wanita berhijab pun boleh kekal aktif tau!

Hiburan Fri, 29 Sep 2023

A Aida Dedah Suami Orang Cuba ‘Mengorat’, Farahdhiyah Nasihat Cari Pasangan Sama Taraf – “Yang Merepek Kita Pangkah!”

Min setuju dengan Farahdhiya! Kita doa dapat jodoh yang baik dan bukan suami orang

Hiburan Mon, 23 Apr 2018

People are Suspecting Avicii Died of Overdose

The famous DJ was found dead last Friday.

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

#AnggunLife : Karl Syafek Nafi Berhenti Berlakon, Bakal Buat Comeback Tahun 2019

Saya juga rindu untuk muncul di kaca televisyen namun rezeki saya lebih dalam bidang perniagaan dan pengacaraan.

Events Fri, 1 Apr 2022

Pengeluaran Khas KWSP: Tarikh & Panduan Semakan Status Kelulusan

Bermula hari ini, permohonan bagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ( KWSP)  kini dibuka. Permohonan ini adalah untuk mereka yang layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang diperlukan. Berikut merupakan syarat layak mohon pengeluaran […]

error: Content is protected !!