Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 28, 2026 @ 2:50pm

Fattah Amin Sertakan Nama Fatima Untuk Ibadah Korban, Sikap Bertanggungjawab Raih Pujian Netizen

Pelakon, Fattah Amin bersama isterinya, Amira Othman dilihat tidak melepaskan peluang melaksanakan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Menerusi satu perkongsian tular dimuat naik oleh peminat di platform Threads, individu tersebut berkongsi tangkap layar yang memaparkan senarai nama ahli keluarga Fattah bagi bahagian ibadah korban berkenaan.

Dalam masa sama, hantaran tersebut turut tular berdasarkan sebuah video di TikTok memaparkan Fattah turut meletakkan nama anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, untuk satu bahagian ibadah korban, sekali gus meraih pujian ramai.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Fattah sebagai seorang bapa yang sentiasa menjalankan tanggungjawab terhadap anaknya meskipun tidak sentiasa berada di sisi.

Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai pada 7 Oktober 2024.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya.

Fattah kemudian kembali bergelar suami apabila sah bernikah dengan Amira pada 14 September 2025 dan kini pasangan itu difahamkan sedang menantikan kehadiran cahaya mata pertama mereka bersama.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2017

ADAKAH INI #ROADTOPEKAN FAZURA?

Menurut sumber yang boleh dipercayai, pasangan Fattah Amin dan Fazura telahpun bernikah di kediaman nenek Faz di Petaling JAYA.

Trending Wed, 4 Dec 2019

Julian Yee, Farah Ann, and 8 More Athletes Who Won Gold Medals At The 2019 SEA Games

Malaysia has picked up 11 gold, three silver, and 10 bronze medals within two days of the games.

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

Trending Fri, 13 Mar 2020
Hiburan Wed, 28 May 2025
Featured Wed, 1 Oct 2025

“Saya Masih Istiqamah Jaga Solat Hingga Hari Ini”- Angeline Tan Mahu Dalami Ilmu Agama

Antara perkara yang paling penting yang menjadi keutamaannya adala  sentiasa menjaga ibadah solat fardu lima waktu.

Trending Wed, 18 Nov 2020
error: Content is protected !!