Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 29, 2026 @ 2:16pm

Yusry Sebak Dengar Ucapan Lisa Surihani Dari Tanah Suci, Titip Doa & Kata-Kata Penuh Kasih

Pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila mendengar ucapan istimewa daripada isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci.

Momen menyentuh hati itu tular di platform Threads selepas seorang pengguna berkongsi rakaman video yang memaparkan Lisa menyampaikan ucapan khas buat suaminya ketika sesi temu bual bersama sebuah stesen radio hiburan.

Dalam rakaman berkenaan, Lisa menitipkan doa agar segala urusan Yusry dipermudahkan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT ketika mencari rezeki untuk keluarga.

“Awak buat dengan sangat baik, Masya-Allah. Doa saya untuk awak, semoga Allah pelihara setiap langkah awak pergi dan balik mencari rezeki untuk kami sekeluarga.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dalam apa juga yang awak lakukan dan semoga Allah makbulkan setiap doa awak,” katanya.

Menurut Lisa, meskipun berjauhan beribu kilometer, hubungan mereka tetap erat apabila sentiasa berhubung setiap hari.

“Kami sebenarnya bercakap setiap hari walaupun berjauhan. Kami berdua selalu berkata sesama sendiri kami sangat bersyukur. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam masa sama, Lisa turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian suaminya yang kembali mencuri perhatian menerusi hasil lakonan yang mendapat sambutan positif daripada penonton.

Katanya, meskipun Yusry sudah lama tidak muncul sebagai pelakon di kaca televisyen, karya yang dibintanginya masih mendapat tempat di hati peminat.

“Walaupun awak sudah lama tidak berlakon di kaca televisyen, tetapi lakonan awak diterima dengan sangat baik oleh mereka yang menonton.

“Sebagai isteri, saya tumpang gembira dan bangga dengan awak. Semoga kejayaan daripada drama ini membuka pintu rezeki yang baik-baik dan halal untuk kita sekeluarga,” katanya lagi.

 

View on Threads

 

Ucapan penuh kasih sayang dan doa daripada Lisa itu menyentuh hati netizen yang turut mendoakan agar pasangan selebriti berkenaan terus dikurniakan kebahagiaan dan keberkatan dalam rumah tangga mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Lisa Dan Yusry Nak Anak Lagi?

Semoga yang terbaik buat Lisa Surihani dan Yusry!

Trending Mon, 29 Jan 2018

恭喜「悟空」爸爸!成功求得100万赞为孩子取名

美国一名《七龙珠》迷老爸达成愿望了!他成功得到100万名网友点赞,获得老婆同意将儿子取名为「悟空」(Goku),并录制一支集气“元气弹”的影片向大家公布这项消息,分享自己成为「悟空爸爸」的喜悦,甚至还为儿子「悟空」创办了粉丝团!

Hiburan Tue, 22 May 2018

Nurul Izzah Janji Bawa Radiohead Datang Malaysia!

Nurul Izzah telah berjanji akan membawa kumpulan muzik tersebut sekiranya berjaya menawan Putrajaya. 

Hiburan Tue, 29 May 2018

品冠回马签唱会 粉丝大胆台上索吻

久违的品冠上周末回马为最新专辑《言外之意》举办签唱会,吸引不少粉丝前来一睹偶象风采;除了马来西亚,还包括中国、香港及新加坡的粉丝到场支持!

Featured Fri, 11 Aug 2023

Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Alamak, kenapa dengan lovebirds ni?

Featured Fri, 25 Jun 2021

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021. Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah […]

error: Content is protected !!