Euforia Bola 2026
Featured By: Attiqah Mohd June 25, 2021 @ 6:20pm

Kebenaran Majlis Akad Nikah Di Selangor Mulai 1 Julai & SOP Terkini

Berita baik buat bakal pengantin!

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengumumkan kebenaran pelaksanaan Majlis Akad Nikah di negeri Selangor mulai 1 Julai 2021.

Menurut hantaran terkini di Facebook rasmi JAIS, kebenaran majlis akad nikah ini akan dilaksanakan dengan ketetapan / SOP terkini seperti berikut.

  1. Pelaksanaan dengan kehadiran fizikal pihak-pihak di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sahaja dari hari Isnin sehingga Ahad.
  2. Telah mendapat tarikh temujanji bagi majlis akad nikah daripada JAIS dan PAID.Kehadiran terhad kepada pengantin lelaki, pengantik perempuan dan wali.
  3. Individu lain tidak dibenarkan hadir, termasuk Jurugambar.
  4. Telah mendapat Kebenaran Berkahwin di bawah Seksyen 17 Enakmen Undang-undanh Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 sebelum 1 Jun 2021 & Keputusan Ujian saringan HIV lelaki serta perempuan masih sah.
  5. Pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali WAJIB menjalani ujian RT-PCR COVID19 dalam tempoh 72 jam (3 hari) dari waktu pelaksanaan majlis dan mengemukakan keputusan kepada Pendaftar sebelum majlis dilaksanakan.
  6. Pihak-pihak terlibat WAJIB mematuhi ketetapan semasa MKN, KKM dan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan langkah-langkah keselamatan.
  7. Jika terdapat mana-mana pelanggaran kepada ketetapan semasa, Ketua Pendaftar Perkahwinan, Cerai dan Rujuk atau Pentadbir Agama boleh menangguhkan atau membatalkan majlis akad nikah.
  8. Tindakan tegas sewajarnya akan diambil jika terdapat mana-mana individu atau pihak yang didapati gagal mematuhi peraturan semasa yang ditetapkan.

Untuk maklumat lanjut layari info tertera

Sumber: JAIS

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Thu, 7 Dec 2023
Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

Cahaya Mata Wed, 18 Jan 2023

Syaikhul Islam Cium Tangan Puteri Sarah, Netizen Komen: “Dia Faham, Tapi Tak Nak Meluahkan”

Tular sebuah video anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam mencium tangan ibunya. @uqaylakidswear Replying to @NZ HOME Anak itu seperti dapat merasakan betapa beratnya ujian ditanggung ibu tersayang..💔 #puterisarahliyana #puterisarah ♬ suara asli […]

Featured Wed, 21 Sep 2022
Hiburan Sun, 30 Jul 2023

Ramai Dakwa Fizi Ali Fitnah Shakilla Khoriri Isu Ganggu & Mandrem Suami Orang, Ini Respons Tuan Badan – “Aku Tak Masuk Campur!”

Alamak, kesian Fizi tak pasal-pasal nama dipetik penyebar emel fitnah Shakilla Khoriri pula hmm

Trending Fri, 26 Oct 2018

IKEA庆祝75周年缔造更美好的日常家居

IKEA配合庆祝成立75周年纪念,推出了GRATULERA系列,把三个不同时期最受欢迎的产品重新介绍给大众。

Hiburan Sun, 12 Jan 2025

CSOIAM: Mimifly, Hael Husaini & Ramli Sarip Meriahkan Konsert Minggu Keempat Malam Ini!

Wah, Mimifly, Hael Husaini & Datuk Ramli Sarip meriahkan konsert minggu keempat CSOIAM malam ni!

error: Content is protected !!