Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 4, 2026 @ 9:00am

“Pandang Positif! Isu Ini Mungkin Boleh Bantu Ibu Bapa Lain Di Luar Sana” – Iman Troye Backup Ryzal Ibrahim

Tindakan pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim merakam keadaan anak lelakinya yang tidak sedarkan diri baru-baru ini menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.

Meskipun sedar tindakan itu mendapat perhatian masyarakat, namun ramai juga dalam kalangan ibu yang tampil mempertahankan tindakan pasangan pempengaruh itu termasuklah, penyanyi Iman Troye.

Kata Iman menerusi hantaran di Threads, tindakan pasangan pempengaruh tersebut adalah atas tujuan sumber rujukan pihak perubatan  selian mahu menyebarkan kesedaran terhadap golongan ibu bapa di luar sana.

“Saya rasa abang Ryzal ini merakam video untuk rujukan doktor. Mungkin dia dan isterinya trauma, jadi dia menyebarkan kesedaran kepada ibu bapa lain,” katanya.

Mengulas lanjut, pelantun lagu Khinati itu memohon agar orang ramai untuk berhenti memberikan kata-kata kesat dan kecaman terhadap pasanagn Ryzal dan Maryam Younarae.

“Kita yang belum mempunyai anak mungkin tidak tahu bagaimana rasanya apabila melihat anak sakit atau tidak sedarkan diri. Jadi, perkara ini penting untuk ibu bapa di luar sana supaya tahu bagaimana hendak bertindak.

“Kita nampak perkara ini kecil, tetapi mungkin boleh membantu ibu bapa lain di luar sana. Kita cuba pandang dari sudut positif ya,” kongsinya.

Sebelum ini, pasangan tersebut berdepan detik cemas apabila anak lelakinya didakwa tidak sedarkan diri selepas terjatuh daripada katil.

Namun, perkongsian video yang dimuat naik menerusi platform media sosial itu meraih kecaman dalam kalangan netizen yang rata-ratanya berpendapat pempengaruh itu memandu dalam keadaan bahaya.

Artikel Berkaitan:Insiden Anak Terjatuh Katil Jadi Pengajaran Besar, Maryam Durian Kimchi Syukur Rian Kembali Ceria & Sihat – “Sepanjang Tempoh Pemerhatian Tiada Simptom Luar Biasa”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Trending Sun, 8 Sep 2019

Sanggup Rakam Dari Membantu Pemandu MicroSleep Kemalangan!

”Tukang Rakam Ni Disable Function Hon Ke?” Pemandu Didakwa ‘Microsleep’ Hingga Terbabas Rempuh Lori

Hiburan Sat, 2 Aug 2025

“Tak Pernah Mohon Fasakh” – Penjara Narathiwat Nafi Eda Ezrin Fail Cerai Terhadap Suami

Eda Ezrin didakwa tuntut fasakh, penjara narathiwat bersuara

Featured Mon, 11 Nov 2019
Trending Fri, 27 Apr 2018

9 Tahun Bersama, Apek Ucap Selamat Tinggal!

Saya baru berumur 29 tahun, sebagai penjaga gol, perjalanan karier saya masih panjang dan saya yakin masih mampu memberikan yang terbaik kepada pasukan yang bakal disertai kelak, kata Apek.

error: Content is protected !!