Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 11, 2019 @ 6:23pm

Jangan beli 6 benda ini melalui ‘online’ tanpa buat kajian dahulu

Kemudahan untuk membeli barang secara dalam talian memang menarik. Seseorang itu hanya memerlukan beberapa minit untuk membuat satu pembelian dan lebih menarik apabila boleh membeli hampir apa saja tanpa perlu keluar rumah.

Tetapi teknik pembelian menerusi dunia digital ini selalunya tidak dapat menjamin keselamatan dan kesahihannya. Pelbagai masalah boleh timbul jika seseorang itu tidak membeli barang daripada penjual yang jujur. Antaranya ialah barangan yang dibeli didapati palsu, saiz pakaian yang dibeli tidak betul, penghantaran tidak sampai dan yang paling berbahaya, wang jatuh ke tangan orang yang tidak sepatutnya.

Itu sebabnya sesetengah pembelian patut dilakukan di kedai fizikal kerana pembeli boleh memeriksa barangan yang ingin dibeli dan berbincang terus dengan penjual.

Bagaimanapun, tidak salah untuk membeli barang menerusi platform dalam talian kerana pembeli dicadangkan supaya melakukan banyak kajian terlebih dahulu.

Periksa sama ada barang itu bukan tiruan, selain memastikan ukuran baju mengikut saiz badan pembeli. Pilih penjual yang menggunakan kaedah pembayaran boleh dipercayai dan baca komen pembeli yang pernah membeli barang yang sama, ataupun daripada penjual yang sama.

Berikut adalah enam barangan yang tidak digalakkan dibeli secara dalam talian, kecuali jika kajian dibuat terlebih dahulu seperti yang dikongsikan Business Insider

1. Ubat dan suplemen

Kedai dalam talian memang penuh dengan ubat-ubatan palsu, sudah melepasi tarikh luputnya ataupun langsung tidak selamat atau tidak berkesan.

Jika ingin juga membeli secara dalam talian, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan pembeli supaya bertanya kepada diri sendiri beberapa soalan seperti:

  • Adakah ubat yang diperoleh sama seperti yang ditempah?
  • Adakah bungkusan ubat berkenaan berada dalam keadaan baik dan bersih, serta tidak kelihatan seperti sudah diubah suai?
  • Adakah nombor siri dan tarikh luput pada botol sama seperti maklumat yang tertera pada bungkusannya?
  • Pernahkah anda perasan sebarang aktiviti pelik pada kad kredit anda sejak pembelian ini?

Pastikan anda dapatkan apa yang anda pesan. Sumber: Economic Times

2. Kereta terpakai

Promosi hebat di Internet selalunya datang dengan masalah yang hanya akan dijketahui kewujudannya apabila pembeli mula menggunakan kereta yang dibeli.

Risikonya termasuklah kereta terbabit berada dalam keadaan yang tidak baik ataupun mungkin kereta curi.

Dapatkan laporan terperinci mengenai sejarah kereta yang ingin dibeli, atau minta mekanik yang boleh dipercayai untuk memeriksa kereta berkenaan. Jangan beli kereta tanpa melihatnya terlebih dahulu.

3. Pakaian

Jika pembeli  pernah membeli pakaian daripada kedai dalam talian yang sama dan puas hati dengan kesesuaiannya pada badan, maka tidak perlu berasa bimbang dan bolehlah beli secara dalam talian.

Berhati-hati apabila membeli daripada pengeluar baju baharu ataupun yang tidak dikenali kerana pelbagai masalah boleh timbul antaranya saiz mungkin tidak sama atautidak  sesuai dengan badan.

Sebaik-baiknya pembeli perlu mencuba sendiri baju itu, ataupun semak polisi pemulangannya sebelum membeli.

Hati-hati apabila bila daripada kedai yang tidak dikenali. Sumber: UBC News

4. Kosmetik

Jika seseorang itu sudah mempunyai jenama yang disukai dan dipercayai, tiada masalah untuk membelinya secara dalam talian, namun jika membabitkan produk baharu sebaik-baiknya pembeli disarankan pergi ke kedai dan cuba sendiri.

Hal ini kerana jika di kedai, seseorang itu boleh mengujinya terlebih dahulu selain boleh mendapatkan nasihat daripada pakar. Jika membeli melalui dalam talian, anda mungkin mendapati produk solekan itu tidak menepati cita rasa  dan mungkin mengandungi bahan bertoksik serta merbahaya.

5. Haiwan peliharaan

Jika anda bercadang untuk membeli haiwan peliharaan, sekurang-kurangnya dapatkan daripada penjual yang bertauliah, ataupun kedai yang mengamalkan sistem penjagaan yang berperikemanusiaan.

Haiwan yang dibeli dalam talian mungkin mempunyai perangai dan sejarah kesihatan yang lain daripada yang diiklankan.

Dapatkan barang daripada penjual yang bertauliah. Sumber: Plushvie

6. Barang kemas

Pembelian barang kemas memang selamat selagi penjualnya betul-betul diiktiraf, sudah beroperasi untuk beberapa tahun dan dijamin sah oleh pelanggan terdahulu.

Penjual mesti menyediakan maklumat terperinci dan gambar produknya dari pelbagai sudut. Pembeli juga disaran supaya menyemak polisi pemulangannya kerana mungkin akan berhadapan dengan masalah seperti barang kemas yang dibeli tidak sama seperti yang diiklankan.

Oleh itu, berhati-hati apabila membuat sebarang pembelian. Jangan menyesal pada kemudian hari!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jan 2023
Featured Wed, 26 Sep 2018
Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Enggan Diperdaya? Fahami 8 Tips Berguna Membeli-belah Secara Online Yang Selamat

Pengalaman membeli-belah atas talian yang menyeronokkan adalah apabila anda peka dan memastikan laman web yang anda beli mempunyai reputasi yang baik dan maklumat peribadi anda adalah selamat.

Featured Fri, 2 Dec 2022

“Siapa Nak Dengar?” – Nak Bawa Lagu Ke Peringkat Antarabangsa, Yuna Pernah Dipandang Rendah

Jangan biar kata-kata orang patahkan semangat kita! Congrats Yuna

Featured Mon, 28 Aug 2023

[VIDEO] “IVF Itu Usaha, Bukan Pembaziran.. Kenapa Tak Ambil Anak Angkat?” – Achey Istighfar Panjang Dengar Statement Abang Tesla

Hmm, sebak pula dengar luahan hati Achey yang pernah jalani rawatan IVF dengan isteri 😢

Acara Tue, 9 Dec 2025

“Jadi Penyumbang Besar Ekonomi Negara, Program Hospital Pelancongan Jana RM3 Bilion & Tarik 2.5 Juta Pelancong” – Menteri Kesihatan

Tahun 2025 nampaknya memberi ‘boost’ besar buat industri pelancongan kesihatan negara.

Featured Wed, 9 Mar 2022
error: Content is protected !!