Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 4, 2026 @ 6:37pm

Jual Tiket Konsert BTS Di Paris, Netizen Dakwa Ernie Zakri ‘Hamil’? Ini Jawapan Empunya Badan

Tindakan penyanyi popular, Ernie Zakri yang mahu menjual dua tiket VIP kumpulan K-Pop popular Korea Selatan, BTS  di Paris menyorot perhatian ramai.

Katanya, dia mahu menjual tiket tersebut disebabkan mempunyai dua tiket konsert berkenaan.

“Guys, saya nak tanya sahaja…. kalau nak beli tiket BTS tapi dekat Paris, ada yang nak ke? Sebab saya ada dua,” kongsinya.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang mula tertanya-tanya mengenai sebab penyanyi lagu Masing-Masing itu tidak dapat menghadiri konsert berkenaan.

Malah, ada yang berseloroh mendakwa, Ernie kini sedang berbadan dua memandangkan sebelum ini dia juga tidak dapat menghadiri konsert lain yang berlangsung di Singapura.

“Kak Ninie ni Singapore tak dapat pergi, Paris tak dapat pergi… Pregnant ke?,” soalnya individu berkenaan.

Sedar dengan soalan yang diberikan, Ernie tampil memberikan respons terhadap hantaran tersebut.

“Belum lagi, doakan!,” balasnya ringkas.

Dalam pada itu, Ernie turut memaklumkan, tiket berkenaan dijual pada harga yang agak tinggi memandangkan ia dibeli menggunakan mata wang Euro, sekali gus menyebabkan nilainya lebih mahal berbanding harga tiket biasa.

“Kaki konsert main beli je dulu. Tapi costingnya agak mahal juga sebab beli in euro,” jelasnya.

Difahamkan, seramai 1.3 juta peminat kumpulan K-Pop itu ‘berperang’ bagi mendapatkan tiket konsert jelajah BTS World Tour ‘ARIRANG’ yang mula dibuka pada Rabu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Mon, 15 Jan 2024
Featured Sun, 29 Mar 2020
Hiburan Sat, 14 Jun 2025

Demam Disko Kembali! Konsert ‘Saturday Night Celebrating Bee Gees’ Bakal Gegarkan KL Selama 2 Malam

Saturday Night Celebrating Bee Gees bakal gegar Zepp KL pada 31 Julai dan 1 Ogos 2025.

Hiburan Wed, 10 Aug 2022

Gabung Elemen Etnik Jawa & EDM, Aisha Retno Memperkasakan Wanita Dengan Sutera

Sutera lagu Aisha Retno yang memperkasakan kaum wanita.

Hiburan Thu, 19 Apr 2018

Hantaran Unik Dynas Buat Bakal Suami

Saya anggap ini hantaran paling istimewa. Daripada saya belikan barang lain, lebih baik saya hadiahkan sesuatu yang bermanfaat dan boleh dikenang sampai bila-bila…auw, sweet habis la awak ni Dynas!

error: Content is protected !!