Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2026 @ 12:18pm

Isu Curang Babitkan Fify Azmi, Nafiez Zaidi Bersuara!

Susulan tindakan pelakon, Fify Azmi yang juga bekas kekasihnya mendedahkan beberapa bukti berupa tangkap layar mesej perbualan bersama wanita lain tular, pelakon, Nafiez Zaidi akhirnya tampil bersuara.

Menerusi perkongsian di Threads, Nafiez seakan-akan meluahkan perasaannya berhubung isu tular membabitkan isu curang yang dikeluarkan Fify baru-baru ini.

Meskipun tidak mengulas lanjut, namun kenyataan Nafiez itu seolah-olah menjawab persoalan netizen mengenai siapakah gerangan individu yang dimaksudkan.

“Meriah betul hari ini. Ramai yang mention aku di semua tempat.

“Check balik timeline guys, letih lah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet dan juga rakan selebriti tampil memberikan respons balas terhadap hantaran berkenaan.

Sebelum ini, Fify menegaskan dia tidak pernah terlintas akan berkongsi mengenai perihal peribadinya di laman sosial, namun menganggap apa yang berlaku itu sebagai teguran halus untuk wanita di luar sana agar sentiasa mempercayai naluri sendiri.

“Saya tidak terfikir untuk berkongsi perkara sebegini. Tetapi jika ia dapat membantu wanita di luar sana untuk mempercayai naluri sendiri maka ia berbaloi untuk dikongsikan.

“Ini adalah peringatan bahawa pengkhianatan tidak semestinya datang daripada orang yang tidak dikenali dan kesetiaan bukanlah sesuatu yang harus di andaikan hanya kerana penampilan seseorang itu kelihatan baik atau seseorang yang beragama,” kongsinya.

Untuk info, Nafiez dan Fify nekad untuk memutuskan hubungan cinta mereka seli gus membatalkan perancangan untuk mendirikan rumah tangga pada Ogos 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Thu, 25 Aug 2022

Hijrah Lisa Surihani Dipuji Ramai, Yusry Tidak Mahu Ambil Kredit – “Itu Apa Yang Dia Mahu, Bukan Saya Paksa”

Suka sangat dengan Lisa, Walau tanpa secalit make up tetap cantik dan berseri-seri 💖💖💖

Hiburan Fri, 5 Dec 2025

Single ‘Bila Kau Datang Menangis’ Didakwa Tiru Lagu ‘Beetlebum’ Kumpulan Blur, DUKES Beri Penjelasan

Betul ke lagu Bila Kau Datang Menangis nyanyian DUKES tiru lagu kumpulan Blur yang berjudul Beetlebum?

Hiburan Fri, 16 May 2025
Hiburan Sat, 29 Sep 2018

Lepas Janna Nick, Mawar Rashid Pula Buat Ucapan Berbayar?

Dalam masa sama, Janna memberitahu dia tidak bimbang dengan hal berkenaan dan menganggap ia sebuah persaingan sihat.

Hiburan Thu, 21 Dec 2017

郑秀文以患者身份:不要害怕,一定有出路可行!

Sammi郑秀文于2005年拍摄电影《长恨歌》后,销声匿迹了3年,最终凭着朋友的支持以及宗教信仰,让她渐渐康复。看过了韩国团体SHINee钟铉留下的遗书,她不禁于21日凌晨以过来人身份发帖。

Hiburan Thu, 7 Sep 2023
Featured Tue, 17 Oct 2023

Tiga Bulan Rangka Persiapan Konsert, Fourtwnty Akui Banyak ‘Berehat’

Tak sabar nak pergi konsert Fourtwnty Ahad ni gaissss!🙌

Featured Sat, 16 Apr 2022
error: Content is protected !!