Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2026 @ 1:19pm

Khairul Aming Jelaskan Sebab Restoran Rembayung Tidak Sediakan Sistem ‘Walk In’, Utamakan Keselesaan Pelanggan

Personaliti media sosial dan usahawan, Khairul Aming tampil menjelaskan sebab restoran miliknya, Rembayung, tidak menyediakan sistem walk in kepada pelanggan.

Menerusi perkongsian di Threads, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, 34, berkata keputusan itu dibuat bagi memastikan keselesaan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.

Menurutnya, situasi di Rembayung berbeza berbanding restoran yang beroperasi di dalam pusat beli-belah kerana pelanggan perlu beratur di kawasan terbuka sekiranya sistem walk in diperkenalkan.

“The reason saya tak buat ‘walk in’ Rembayung sebab lokasi berbeza. Tak sama beratur dalam mall yang ada aircond dengan beratur sebelah jalan raya dalam panas.

“Orang tua akan penat, anak kecil akan menangis. Nak guna tandas susah, nak solat susah.

“Belum campur isu parking dan trafik yang akan ganggu peniaga dan penduduk sekeliling,” katanya.

Khairul berkata demikian sebagai membalas komen seorang individu yang mempersoalkan mengapa Rembayung tidak mengamalkan sistem walk in seperti kebanyakan premis makanan yang beroperasi di pusat beli-belah.

Dalam pada itu, Khairul menjelaskan penggunaan sistem tempahan awal atau reservation membolehkan pelanggan menikmati pengalaman yang lebih selesa tanpa perlu menunggu lama.

“Dengan reservation, customer turun kereta dan terus masuk ke kedai. Tak perlu beratur dan meja dijamin ada untuk pelanggan.

“Kita nak utamakan keselesaan pelanggan,” tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen bersetuju dengan pandangan Khairul itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

Featured Tue, 18 Jul 2023
Hiburan Mon, 20 Nov 2017

DATO’ALIFF SYUKRI MAKIN KAYA!

Mana tak nya, selepas kejayaan mengeluarkan produk-produk kosmetik D’Herbs, kali ini Dato Aliff Syukri terlajak laris muncul dengan koleksi tudungnya sendiri.

Featured Tue, 9 Sep 2025

Rakan Baik Amira Othman Kongsi Momen Sempena Sambutan ‘Bachelorette Party’- “Lama Simpan Rahsia Ni”

Rakan-rakan baik Amira Othman tampil dengan kejutan sambutan Bachelorette Party.

Hiburan Wed, 22 May 2019

Shila Amzah Jadi Puteri Jasmine Dalam Aladdin

Jom dengarkan lagu ‘A Whole New World’ versi Shila dan Hael pula!

error: Content is protected !!