Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 8, 2026 @ 1:48pm

Momen DSV, Datuk Fazley Bertaranum Baca Al-Quran Curi Perhatian Ramai – “Nak Jadi Imam Kena Pandai Mengaji”

Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila tular sebuah video yang memaparkan momen mesranya bersama penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Vida dilihat tekun mendengar Fazley memperdengarkan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum mereka saling menyambung bacaan ayat suci al-Quran itu dengan alunan tarannum yang merdu.

“Nak jadi imam kena pandai mengaji,” tulis Vida ringkas menerusi ruangan kapsyen video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang mengusik Vida dan Fazley dengan mendoakan agar mereka dipertemukan jodoh.

Dalam pada itu, ada juga segelintir netizen yang memberikan pandangan membina dengan menasihati Fazley supaya terus memperbaiki sebutan dan memperkemaskan bacaan al-Qurannya.

Untuk rekod, hubungan rapat antara Vida dan Fazley mula menjadi perhatian ramai selepas kedua-duanya terlibat dalam sebuah program nyanyian sebelum ini.

Malah, Fazley pernah mengakui dia mengagumi keperibadian Vida yang cekal membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal selain berjaya membina empayar perniagaannya sendiri.

Artikel Berkaitan: Netizen Minta Kahwin Dengan DSV, Fazley Yaakob Tak Menang Tangan Jawab DM – “Segan Saya Macam Ni”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 19 May 2018

《2018世界传媒节》首要媒体夺5大奖项

首要媒体集团电视网络(MPTN)再创辉煌,于德国汉堡举行的《2018世界传媒节》中,成功夺下5大奖项,其中包括3项金奖及2项银奖。

Hiburan Sat, 24 Jan 2026
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Pedophile Is Watching” Ini Pesanan Netizen Buat Que Haidar

Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Tak gitu!

Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Mon, 5 Dec 2022

“Manusia Lain-Lain, Bukan Semua Lelaki Macam Laki Hang!”- Eyra Hazali Berang, Nasihat Netizen Jangan ‘Influence’ Masyarakat Soal Perkahwinan

Betul tu! Kadang ada yang berfikir-fikir nak kahwin sebab takut dengar cerita org yang dah kahwin. eh!

error: Content is protected !!