Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 11, 2026 @ 11:04am

“Tak Pernah Terdetik Berkawan Dengan Cik B Sebab Harta”- Viviana Terharu Terima Hadiah Istimewa Sempena Ulang Tahun

Tindakan anak kepada usahawan selebriti, Datuk Seri Vida iaitu Cik B memberikan kejutan kepada rakan baiknya, Viviana sempena sambutan ulang tahun kelahirannya menyorot perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di TikTok, Cik B memaklumkan, hadiah istimewa berupa Ipad idaman Viviana itu diberikan sebagai tanda penghargaan untuknya selain ia dapat membantunya dalam pembelajaran.

“Cik B nak belikan hadiah untuk kawan Cik B, birthday dia dah lepas… tapi hari ini baru saya sempat nak belikan dia hadiah. Semalam pula kita kehilangan dia dalam Talk To My Manager iaitu Viviana.

“Jom kita nak belikan dia hadiah birthday. Saya nak belikan dia Ipad sebab apa tau, saya tengok dia up dekat status. Dia ada up pasal barang tu, so sebagai kawan yang baik, bila kita tahu kawan kita nak kan sesuatu, kalau kita ada rezeki lebih, kita beli lah,” katanya.

@cikb_havoc Happy belated birthday, Viviana!! Comment part 2 if nak tahu Cik B beli apa! #tiktokmalaysia #talktomymanager #cikb #viviana #bestie ♬ Funny and Unusual Scene of 3 Minutes – HarmonicoHCO

Terharu dengan tindakan Cik B, Viviana tampil memberikan respons sekali gus menjelaskan bahawa dia ikhlas dan tidak pernah berniat untuk berkawan dengan Cik B disebabkan harta yang dimiliki remaja itu.

“Cik B, tak pernah terdetik langsung dalam diri saya untuk berkawan dengan awak sebab harta.

“Saya betul-betul ikhlas kawan dan sayangkan awak sebagai kawan saya. Semoga Alalh limpahkan rezeki yang mencurah-curah pada awak dan mama tau.

“What did i do to deserve you dan semua ni. Tak sangka Allah bagi saya yang baik dan penyayang macam awak. Nanti saya kaya, saya pula nak bagi awak walaupun awak dah ada semua. Saya akan bagi juga.

“Kita kawan sampai bila-bila. Saya akan selalu kedepan kalau ada yang menghentam awak,” luahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja dan terharu dengan tindakan Cik B menghargai rakan-rakannya selain menyifatkan anak DSV itu sebagai seorang yang baik hati dan pemurah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Fri, 16 Oct 2020
Hiburan Wed, 24 May 2023

40 Tub Nutella Pecah Dalam Kapal Terbang… Peniaga Sedih, Dakwa Syarikat Penerbangan Cuai Kendali Barang

Tular sebuah video memaparkan pempengaruh, Ojen yang merupakan usahawan kunafa berkongsi pengalaman sedih apabila makanan yang diterbangkan ke Sarawak menggunakan khidmat salah sebuah syarikat penerbangan pecah. Menerusi perkongsian di TikTok miliknya, dia terkilan selepas melihat […]

Featured Sun, 2 Oct 2022
Trending Wed, 22 Apr 2020

Air Asia Umum Penerbangan Beroperasi Semula 29 April Ini

Wah, Air Asia bakal menerbangkan sayapnya tak lama lagi..

Events Fri, 15 Feb 2019

Here are the Ola Bola the Musical 2 Winners!

These lucky winners get to watch the Pre-Screening of Ola Bola the Musical!

error: Content is protected !!