Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 10, 2026 @ 10:03pm

Tak Mahu Bergantung Pada Lakonan Semata-Mata, Lan Siro Cuba Jadi Hos Sukan Bola Jaring

Pelakon Lan Siro, 44, berpendapat golongan anak seni perlu sentiasa bersedia meneroka peluang baharu dan tidak hanya bergantung kepada satu cabang kerjaya semata-mata.

Menurut Lan, perubahan landskap industri hiburan ketika ini menuntut penggiat seni untuk lebih fleksibel dalam mencari rezeki dan menyesuaikan diri dengan perkembangan semasa.

Kata aktor drama bersiri Neraka Yang Terhijab yang sedang bersiaran di Tonton ini, jika seseorang hanya bergantung kepada satu bidang sahaja, peluang untuk berkembang dan menjana pendapatan akan menjadi lebih terhad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azlan Mokhtar (@lansiro82)

“Sebagai anak seni, khususnya pelakon, kita tidak boleh terlalu selesa dengan satu skop pekerjaan sahaja. Kalau kita hanya fokus kepada lakonan, secara tidak langsung kita menghadkan peluang yang ada.

“Sebab itu saya cuba meneroka bidang lain termasuk pengacaraan. Sekarang ini saya juga diberi peluang menjadi hos siaran langsung di platform media sosial dan bagi saya ia satu pengalaman yang sangat berharga.

“Kita perlu bergerak seiring dengan perkembangan industri. Kalau tidak mahu ambil tahu atau menyesuaikan diri dengan perubahan, peluang untuk mencari rezeki akan menjadi semakin sempit,” katanya.

@pahangfirstdotcom Liga Bola Jaring Aspirasi Pahang terus menyajikan saingan penuh tenaga, komitmen dan semangat kesukanan daripada setiap pasukan yang bertanding. Tahniah kepada semua atlet yang terus memberikan persembahan terbaik di gelanggang. #Pahang1st #MajuTerusPahang ♬ original sound – pahangfirstdotcom

Terbaharu, Lan bakal menggalas tanggungjawab sebagai hos TikTok Live bagi Kejohanan Liga Bola Jaring Pahang 1st Zon Pahang Timur yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Komuniti Pekan, Pahang pada 13 dan 14 Jun ini.

Menurutnya, peluang tersebut membuka ruang untuk dirinya mendekati khalayak menerusi platform yang berbeza daripada kebiasaan.

“Saya sangat bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk mengendalikan siaran langsung kejohanan ini.

“Pada masa sama, saya juga ingin mengajak orang ramai khususnya rakyat Pahang untuk memberikan sokongan kepada kejohanan yang dianjurkan ini.

“Ia adalah satu inisiatif yang sangat baik dan saya difahamkan pertandingan ini mendapat sokongan penuh daripada Menteri Besar Pahang yang mahu memperkasakan pembangunan sukan bola jaring di negeri tersebut,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tonton MY (@tontonmy)

Dalam perkembangan kerjaya seni, Lan turut sibuk dengan beberapa projek lakonan yang sedang dan bakal menemui penonton dalam masa terdekat.

Lan juga bakal menjalani penggambaran drama bersiri Sepenuh Hati Rindu terbitan Jaja Ishak Channel yang dijadual menemui penonton di slot Samarinda TV3 bermula 21 Jun ini.

Drama lakonan Lan, Neraka Yang Terhijab sedang bersiaran secara eksklusif di Tonton setiap Khamis hingga Ahad.

Diarahkan oleh Azri Izhar serta nukilan Liza Nur, Neraka Yang Terhijab bersiaran sebanyak 20 episod dan menampilkan lakonan Ezzanie Jasny, Lorenzo Irman dan Arfie Shah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Isu ‘Peha Melimpah’, Kenapa Che Ta Naik Angin?

Tulis Rozita, “ Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,”

Hiburan Thu, 14 Mar 2024
Hiburan Fri, 10 Jan 2020

Issey Tiada Masalah Jadi ‘Bapa Segera’

Fasa baru dalam hidup Issey!

Hiburan Tue, 11 Mar 2025
Featured Tue, 23 Dec 2025

Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Menyifatkan komen yang diberikan itu sebagai keterlaluan, Kamal menegaskan, tuduhan berkenaan sama sekali tidak benar dan melampaui batas sebagai seorang muslim.

Featured Mon, 18 May 2026

Amir Ahnaf Belum ‘Ready’ Beraksi Dalam PGL, Mohon Maaf Kepada Tiara Jacquelina – “Kapasiti Saya Belum Matang”

Amir Ahnaf mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dirinya menolak tawaran untuk terlibat dalam pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGL).

Featured Tue, 11 Oct 2022
Trending Mon, 28 Sep 2020
error: Content is protected !!