Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 11, 2026 @ 11:55am

“Orang Terus Dukung Anak Saya” – Nadiya Nisaa Dedah Insiden Cemas, Punca Jarang Kongsi Keluarga Di Media Sosial

Pelakon, Nadiya Nisaa mengakui dia bukanlah selebriti yang aktif berkongsi kehidupan harian di media sosial, malah jarang memuat naik sebarang kandungan termasuk berkaitan keluarga.

Menurut Nadiya atau nama sebenarnya Nadiyatul Nisaa Kamaruddin, 40, antara faktor yang membuatkan dia lebih berhati-hati adalah kerana pernah berdepan satu insiden mengejutkan melibatkan anak lelakinya di sebuah pasar raya.

“Sebenarnya ada satu kejadian seorang individu secara melulu mendukung anak lelaki saya di sebuah pasar raya. Ia berlaku secara tiba-tiba hingga saya tidak mampu berbuat apa-apa ketika sedang menolak barangan dapur.

“Walaupun dia sekadar berniat untuk beramah mesra tetapi perbuatan menyentuh anak saya tanpa kebenaran itu agak mengejutkan.

“Mungkin itu antara faktor saya jarang berkongsi kehidupan harian terutama anak-anak. Suami saya pula seorang yang introvert, jadinya tiada keperluan untuk kami memuat naik gambar keluarga di media sosial,” katanya.

Nadiya berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana Viu Original Bidadari Tanpa Syurga yang berlangsung di ibu kota pada Rabu.

Dalam pada itu, Nadiya turut menjelaskan ketiadaannya di aplikasi Threads bukan kerana menganggap platform tersebut sebagai toksik seperti tanggapan sesetengah pihak.

Sebaliknya, aktres drama popular Adam & Hawa itu berkata dia tidak mempunyai masa mencukupi untuk menguruskan pelbagai akaun media sosial dalam satu masa.

“Ketiadaan saya di aplikasi Threads sama sekali bukan kerana saya menganggap ruang tersebut sebagai sebuah platform yang toksik.

“Malah, saya sendiri tidak begitu pasti tentang corak persekitaran semasa di sana, sama ada ia lebih ke arah positif mahupun negatif.

“Faktor utamanya hanyalah kekangan masa. Kalau diperhatikan, akaun Instagram dan TikTok saya pun amat jarang dikemas kini.

“Jadi, untuk memikul tanggungjawab menguruskan pelbagai akaun media sosial secara serentak adalah sesuatu yang menuntut komitmen masa yang terlalu besar buat saya ketika ini,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Nadiya mengakui dia bukan jenis individu yang gemar berkongsi aktiviti harian atau perkembangan kerjaya secara kerap.

Meskipun begitu, aktres filem Polong ini masih mempercayai ramai penerbit yang memilih kualiti kerja berbanding jumlah pengikut tinggi di media sosial.

“Saya tidaklah seperti artis lain yang setiap hari memuat naik konten berkaitan hal karier seni. Boleh dikatakan perkongsian saya pun boleh dikira sebulan sekali saja.

“Ramai kawan baik ada menegur dan bergurau nak tunggu saya kongsi gambar di Instagram atau TikTok pun mungkin lagi lapan bulan.

“Apa pun semuanya berbalik kepada rezeki. Tak semestinya kena ada pengikut yang ramai.

“Tapi saya tiada masalah pun nak promosikan produk saya dalam media sosial, saya ikut saja apa yang dinyatakan dalam kontrak lakonan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022

Hantar Ke Airport Tunai Umrah, Beto Kusyairy Syukur Dikurniakan Sahabat Seperti Azhan Rani

Pelakon versatil, Azhan Rani menghantar sahabat baiknya, Beto Kusyairy ke lapangan terbang bagi menunaikan ibadah umrah di kota Makkah.   View this post on Instagram   A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) Berdasarkan pemerhatian […]

Events Sun, 22 Dec 2024

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Teater Muzikal Sudirmania ini pastinya naskhah yang tidak hanya didendangkans ahaja.

Hiburan Mon, 18 Aug 2025

Bukit Bintang Bergegar! Ajak Peminat Berdangdut, Ratusan Peminat Serbu Persembahan Haiza

Wow! Satu Bukit Bintang terhibur dengan Haiza, memang meledak!

Hiburan Fri, 14 Nov 2025

Mickey Ayo Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Nora Danish – “Saya Bergurau Bila Cakap…”

Mickey Ayo sifatkan Nora Danish wanita tak kuat merajuk, ada ‘heart of steel’

Hiburan Thu, 5 Sep 2019
Hiburan Wed, 30 Jan 2019

Izzue Islam’s Concerns on Self Health Issues

The health condition might give a bad affect on his working schedules.

Hiburan Wed, 27 Mar 2019

PITAHATI Gabung Muzik Klasik Moden Dalam ‘Naraka’

Kumpulan PITAHATI kini kembali dengan lagu terbaharu berjudul Naraka yang menjadi lagu tema bagi drama Jibril yang ditayangkan di TV3. Lagu Naraka gabungan nuansa muzik 70an, 80an serta moden ini sarat dengan mesej mesej tersembunyi […]

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Featured Sat, 31 Jan 2026

“Apa Je Orang Tak Kutuk Pasal Saya Ni” – Fazura

Fazura percaya setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT.

error: Content is protected !!