Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 24, 2026 @ 8:52pm

“Saya Nak Anak Kembar” – Noor Nabila Terbuka Jalani Rawatan IVF 

Pempengaruh dan usahawan, Noor Nabila Mohd Noor mengakui menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata melalui kaedah rawatan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Menerusi perkongsian di TikTok, Nabila, 41, dia terbuka untuk mencuba kaedah berkenaan memandangkan ramai wanita era kini memilih rawatan IVF sebagai alternatif untuk hamil.

“Iyalah, nak anak kan? Saya rasa sekarang semua orang buat IVF, jadi kita buatlah juga,” katanya.

Menurut kakak kepada selebriti popular, Neelofa, dia juga berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai rawatan dan kaedah yang digunakan dalam proses IVF sekali gus memaklumkan, itu adalah topik yang akan dibincangkan dalam siri podcast bersama rakan baiknya, Rosix.

“Kan saya nak buat podcast dengan Rosix, saya nak jemput doktor IVF untuk ceritakan secara details dengan kita terutamanya mereka yang berumur 40-an.

“”Boleh je normal, tapi saya dah 41 tahun dah,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Nabila juga mengakui menyimpan hasrat untuk menambah zuriat dan dikurniakan anak kembar.

“Sebenarnya saya nak buat twins lah,” kongsinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 9 Aug 2018

Too Much Exercise Can Lead to Mental Health Problems

But that doesn’t mean you shouldn’t exercise at all.

Hiburan Tue, 29 Oct 2019
Hiburan Sun, 12 Nov 2023
Hiburan Wed, 10 Dec 2025

Akaun Palsu Kongsi Video Dengan Arwah Suami, Zizie Ezette Tegaskan Hanya Ada Satu Media Sosial Aktif

Zizie Ezette menegaskan hanya ada satu akaun media sosial iaitu Instagram sahaja

Featured Mon, 20 Dec 2021

“Wedding Of The Year” – Batal Majlis Resepsi Kahwin, Pengantin Beri Lauk Kenduri Kepada Mangsa Banjir

Majlis resepsi perkahwinan Muhammad Nabil Mohd Azimi, 23, dan Nur Asyiqin Md Hamdan, 25, sepatutnya berlangsung pada 19 Disember terpaksa dibatalkan kerana bencana banjir. Namun, pasangan ini menukarkan kejadian buruk itu kepada sebuah memori yang […]

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

SIAPA MR J DALAM HATI JOY REVFA?

Mr J hadiahkan apa tu kat Joy Revfa?

error: Content is protected !!