Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 16, 2026 @ 1:53pm

“Itu Babak Saya, Dekat Set Tak Ada Rupa Orang Macam Tu…” – Mimi Lana Akui Meremang Bulu Roma, Entiti Misteri Muncul Dalam Filem Polong

Pelakon, Mimi Lana mengakui terkejut dan seram apabila menyedari kemunculan satu entiti misteri dalam babak lakonannya menerusi filem seram Polong yang kini hangat diperkatakan ramai.

Menerusi perkongsian di Threads, Menurut Mimi atau nama lengkapnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 31, membalas ciapan seorang pengguna yang bertanyakan sama ada entiti yang tular itu benar-benar wujud ketika penggambaran filem berkenaan.

Menurut Mimi, dia sendiri tidak dimaklumkan mengenai kewujudan entiti menyeramkan itu sehingga ia mula diperkatakan orang ramai.

“Masalahnya itu babak saya tau. Mereka (pihak produksi) tak cakap pun.

“Tapi memang dekat set penggambaran tak ada rupa orang macam itu. Saya takut,” katanya.

Sementara itu, pengarah filem Polong, Zulkernain Azhar, turut berseloroh mengenai kejadian itu dengan mengakui dia sengaja tidak memberitahu perkara tersebut kepada barisan pelakon.

“Kalau saya beritahu, semua cabut lari. Tak siap penggambaran kita malam itu, Mimi. Sorry but not sorry,” katanya berseloroh.

Terdahulu, tular dalam kalangan peminat filem seram mengenai kemunculan satu imej menyerupai entiti misteri dalam salah satu babak Polong sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi dan perdebatan di media sosial.

Untuk rekod, filem Polong terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan sebanyak RM14.2 juta selepas ditayangkan di pawagam sejak hari pertama tayangan.

Malah, filem arahan Zulkernain Azhar itu menerima pelbagai reaksi positif daripada penonton dan penggiat industri yang memuji kekuatan jalan cerita, atmosfera seram yang mendebarkan serta lakonan mantap barisan pelakonnya termasuk Mimi Lana, Fad Anuar, Jun Lojong, Namron, Nadiya Nisaa dan Amir Nafis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

#ThrowbackXTRA Wed, 31 May 2023
Hiburan Fri, 4 Jan 2019

TAHNIAH! Izreen Azminda Kini Hamil

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin TV3 pada 2013 itu turut berkongsi sekeping gambar memaparkan imbasan ultra bunyi bayi di kapsyen berkenaan.

Hiburan Wed, 4 Jul 2018

JBL Concert Run「5主题元素关卡」胡鸿钧加入阵容

JBL Concert Run即将于2018年9月15日(星期六)晚上7时,于Sunway Lagoon Surf Beach开跑;胡鸿钧加入阵容演唱会阵容。

Hiburan Sat, 19 Oct 2019

李佩玲与玛莎携手开唱!1231多元种族跨年盛宴

红遍海内外的两名19岁大马巨肺型歌手李佩玲和玛莎将于12月31日,以其天籁高音唱响云顶云星剧场,与国人倒数迎接全新的2020年!

Hiburan Tue, 26 Mar 2019
Hiburan Mon, 19 Feb 2018

BILA KRISDAYANTI TANPA ‘MAKE-UP’!

Diva Indonesia yang lebih mesra disapa KD ini dikatakan rajin melakukan rawatan  untuk memelihara tubuh dan wajah agar sentiasa  kelihatan awet muda, berseri dan sudah tentu lawa. Bahkan isteri kepada jutawan Timor Leste, Raul Lemos ini sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit sebulan semata-mata untuk merawat wajahnya.

Cahaya Mata Tue, 8 Nov 2022

Anak Rahmad Mega Terima Ijazah Sarjana, Netizen Puji Kacak Macam Papa!

Pemenang program Terpaling Juara, Rahmad Mega menzahirkan rasa syukur di atas kejayaan anak lelakinya, Suhazri Amrin yang telah menamatkan pengajian dalam bidang Sains dan berjaya meraih ijazah sarjana di Universiti Malaysia Pahang (UMP).   View […]

Featured Thu, 11 Nov 2021

“Tak Tahulah Pula Ada Sampai Termuntah Darah…” – Terima Pujian & Kritikan, Kekasih Hati Mr Bodyguard Akan Ada Sambungan?

Drama bersiri popular Kekasih Hati Mr Bodyguard lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose yang telah berakhir pada minggu lalu mendapat sambutan hangat orang ramai. Namun, terdapat ramai juga netizen yang memberikan komen negatif berhubung drama […]

error: Content is protected !!