Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Fas February 19, 2018 @ 4:47am

BILA KRISDAYANTI TANPA ‘MAKE-UP’!

Apabila seseorang itu bergelar artis, dia juga sudah menjadi sebahagian daripada  milik masyarakat. Segala tindak tanduk dan penampilannya menjadi perhatian.

Bagi artis wanita yang popular seperti Krisdayanti contohnya, beliau sering kelihatan cantik dengan solekan menawan dan fesyen berjenama penuh glam.

Diva Indonesia yang lebih mesra disapa KD ini dikatakan rajin melakukan rawatan  untuk memelihara tubuh dan wajah agar sentiasa  kelihatan awet muda, berseri dan sudah tentu lawa. Bahkan isteri kepada jutawan Timor Leste, Raul Lemos ini sanggup berbelanja puluhan ribu ringgit sebulan semata-mata untuk merawat wajahnya.

Wah! untung ada suami kaya, boleh manjakan diri di salon kecantikan setiap bulan gitu!

Seringkali dilihat Krisdayanti  memuat naik gambar-gambarnya melalui Instagram setelah disolek cantik menawan.

Persoalannya? Pernah kah korang bayangkan jika bekas isteri Anang Hermansyah ini tampil tanpa make up? Adakah rupa wajahnya  persis gambar-gambar yang pertontonkan atau KD lebih cantik tanpa solekan dan memiliki wajah natural beauty, kata orang.

Nak tahu? Sila layan beberapa keping gambar disiarkan hangat.com yang memperlihatkan  KD tanpa makeup. Lihat dan nilai sendiri ya!

Penulis pernah terserempak dengan KD tanpa make up semasa kehadirannya di Kuala Lumpur tahun lalu ketika sedang melakukan senaman di sebuah gym hotel dan kelihatan wajahnya muda sehingga tidak mengenali bahawa wanita itu adalah penyanyi tersohor berusia 42 tahun, apatah lagi tubuhnya langsing bagi seorang ibu beranak empat.

Hebatlah KD!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 9 Dec 2024

“Susah Nak Tunjuk Perangai Buaya Tu, Saya Tak Biasa Flirt Dengan Orang…” – Hisyam Hamid

Hisyam Hamid membawakan watak Datuk Fahad dalam drama bersiri Marina.

Hiburan Tue, 24 Sep 2019

Butterfingers Bakal Bagi Kejutan Di Konsert 2 November Depan!

Mari sama-sama gegarkan Stadium Malawati bersama Butterfingers!

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Wed, 28 Dec 2022

“Tak Sekolah Pun Pandai” – Lucunya Gelagat Jebat Jayden Beri Alasan Kepada Sharnaaz Ahmad!

Umum mengetahui, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering mencuri tumpuan ramai dengan gelagat comel dan lucunya. Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian siaran langsung Sharnaaz di TikTok ketika dia dan […]

Featured Mon, 3 Mar 2025

“Lepas Bangun Tidur, Dia Akan Cari Mak Dia”- Ridzokumura Kongsi Perkembangan Anak Selepas Pemergian Isteri

Namun, ada ketikanya Sky juga akan tercari-cari arwah ibunya terutama sekali jika dia bangun dari tidur.

error: Content is protected !!