Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 20, 2026 @ 6:17pm

Lebih 1,400 Video Jadi Arkib Seni, Wafa TV Digantung Cetus Kesedihan Artis Veteran… Sarimah Ahmad & Zaiton Sameon Turut Bersuara!

Kehilangan platform yang selama ini menjadi tempat menghimpunkan kisah dan kenangan seniman serta seniwati veteran mengejutkan ramai apabila saluran YouTube Wafa TV dilaporkan digantung baru-baru ini.

Perkara itu turut mengundang reaksi Primadona filem Melayu, Datuk Sarimah Ahmad yang mengakui terkejut sebaik dimaklumkan mengenai nasib saluran berkenaan.

Menurut Sarimah, sepanjang mengenali pengasas Wafa TV, Syed Wafa, dia tidak pernah melihat individu itu menghasilkan kandungan yang bercanggah dengan prinsip yang diperjuangkan.

“Wafa TV sudah tiada? Saya sedih apabila mendapat tahu perkara itu berlaku. Apa yang terjadi ini seolah-olah berpunca daripada sikap manusia yang tidak senang melihat usaha orang lain.

“Saya sudah lama mengenali Wafa dan sepanjang perkenalan kami, saya tidak pernah nampak dia melakukan perkara yang tidak baik.

“Sebab itulah apabila dia mengajak saya untuk ditemu bual bagi Wafa TV, saya terus bersetuju kerana saya tahu dia menjalankan tugas ini dengan niat yang baik, mencari rezeki dan pada masa sama membantu artis-artis veteran,” katanya.

Sarimah turut menzahirkan penghargaan terhadap usaha Syed Wafa yang sentiasa memberi ruang kepada penggiat seni lama berkongsi pengalaman serta perjalanan seni mereka kepada masyarakat.

“Sejak saya mengenali Wafa TV, saya tidak pernah melihat saluran itu menyiarkan kandungan negatif seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

“Sebagai seniwati Studio Jalan Ampas, saya sangat menghargai apa yang dilakukan dan berharap mereka yang bertindak sedemikian diberikan petunjuk,” katanya lagi.

Bukan Sarimah sahaja, malah beberapa artis veteran lain turut melahirkan rasa sedih terhadap apa yang berlaku.

Penyanyi veteran, Zaiton Sameon menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang menyedihkan dan berharap ada pihak dapat membantu memulihkan semula saluran berkenaan.

“Apa yang berlaku kepada Wafa TV memang menyedihkan. Saya berharap ada pihak yang dapat membantu supaya saluran ini dapat kembali bersiaran seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Syed Wafa berkata, sejak Wafa TV diwujudkan pada 2017, tujuan utamanya adalah untuk menghargai serta mendokumentasikan perjalanan seni artis-artis veteran tempatan.

“Ketika memulakan Wafa TV sembilan tahun lalu, hasrat saya hanyalah mahu menghimpunkan kisah dan perkembangan artis veteran supaya generasi hari ini dapat mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Ramai tokoh seni yang pernah saya temu bual termasuk Allahyarham Datuk M. Daud Kilau, Allahyarham M. Sani, M. Rizal, Yusof Wahab dan ramai lagi,” katanya.

Syed Wafa mengakui terkejut apabila dimaklumkan saluran itu digantung atas dakwaan melibatkan kandungan yang melanggar garis panduan platform.

“Saya sentiasa memastikan kandungan yang diterbitkan mematuhi peraturan dan mengelakkan sebarang unsur negatif.

“Walaupun kecewa, saya yakin kebenaran akhirnya akan terbukti. Sekarang saya sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan semula Wafa TV supaya misi menghargai seniman dan seniwati veteran dapat diteruskan,” katanya.

Sepanjang lebih sembilan tahun beroperasi, Wafa TV telah menerbitkan lebih 1,400 video, meraih lebih 19 juta tontonan serta mempunyai kira-kira 73,000 pelanggan.

Dalam masa sama, Syed Wafa berharap ada pihak berkaitan dapat membantu menyelesaikan isu tersebut memandangkan Wafa TV disifatkan sebagai arkib penting yang menyimpan sejarah seni tanah air.

“Saya juga sudah menghubungi Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bagi mendapatkan bantuan. Saya berharap ada jalan terbaik yang dapat mengembalikan semula Wafa TV,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 Aug 2025

Irfan Haris Beri Hint Majlis Fattah Amin & Amira Othman Dalam Masa Terdekat? – “Sepantas Ini, Semua Dari Illahi”

Irfan Haris kongsi foto didakwa majlis bertunang Fattah Amin dan Amira Othman

Featured Tue, 19 Dec 2023
Acara Mon, 6 Feb 2023

Konsert Ada Apa Dengan Melly Sukses, Melly Goeslaw Sebak Kenang P Ramlee

Konsert Melly Goeslaw imbau kenangan waktu sekolah…

Featured Thu, 12 Dec 2024

“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

Tak kisah, berita apa yang ingin dipamerkan tapi jangan cerita benda palsu – Che Ta

Featured Tue, 10 May 2022
FESYEN Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Thu, 21 Sep 2023

Ibu Bersyukur Anak Tiada Masalah Sosial, Ameera Khan Enggan Komen Dakwaan Berjudi Lumba Kuda – “Fikirlah Apa Yang Anda Nak Fikir…”

‘Allah pelihara dan tiada dalam keturunan kami yang buat macam tu’ – ibu Ameera Khan

Featured Sun, 18 Sep 2022
Trending Tue, 7 Mar 2023
error: Content is protected !!