Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 12, 2024 @ 12:22pm

“Tulislah Apa Nak Tulis Selagi Tak Jatuh Fitnah”- Che Ta

Susulan isu gagal membayar hutang pinjaman Majlis Amanah Raya (MARA) yang bernilai RM1 juta, pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan akhirnya tampil membuka mulut berkenaan isu terbabit.

Katanya, dia tidak kisah dengan segala laporan media berkenaan isu itu, namun berita yang dilaporkan haruslah betul dan tidak jatuh fitnah.

“Tulislah apa kalian nak tulis untuk aibkan orang, tapi jangan cerita tak betul dan jatuh fitnah. Itu sahaja saya minta.

“Tak kisah, berita apa yang ingin dipamerkan tapi jangan cerita benda palsu,” katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, laporan mengenai kediaman aktres itu yang disita pihak MARA akibat tidak menjelaskan hutang pinjaman mengejutkan ramai pihak.

Malah, barangan yang terdapat di kediaman itu yang bernilai hampir RM100,000 juga bakal disita.

Pada Rabu, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) menegaskan tiada istilah ‘pilih bulu’ terutamanya dalam mengambil tindakan terhadap peminjam-peminjam yang culas membayar.

Menurutnya, pihak MARA telah memberikan ruang dan peluang kepada peminjam untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum tindakan selanjutnya diambil ke atas mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:Barang Peribadi Che Ta Bernilai Hampir RM100,000 Disita… Pengurus Bakal Keluar Kenyataan Rasmi Tak Lama Lagi!

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Gagal Langsai Hutang MARA Hampir RM1 Juta, Che Ta Sempat ‘Wish’ Hari Lahir Anak Di IG

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Diserbu Pihak MARA, Che Ta Didakwa Gagal Bayar Hutang Mara Hampir RM1 Juta

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 9 May 2025

Aziz Harun Anggap Keputusan Tinggal Di Malaysia Tepat – “Lebih Efisien & Mudah Untuk Saya Bekerja”

Kata Aziz, selain lebih efisyen ia juga lebih mudah untuk menguruskan kerjaya seninya.

Fab Foodies! Thu, 9 May 2019
Hiburan Mon, 2 Dec 2024

Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”

Zahnita Wilson mencetuskan spekulasi selepas berkongsi foto matanya yang lebam.

Featured Mon, 30 Oct 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2017

‘Perang Bunyi’ di Konsert PUBLIC DISTORTION 2017

sebuah ‘peperangan’ bunyi akan terjadi pada malam tu kan? Whoah, kami pun dah tak sabar rasanya nak saksikan dua kumpulan rock hebat ini beraksi.

Featured Wed, 16 Apr 2025

“Apa Salahnya Kita Potong Usus” – Anim Ezati Tegur Pempengaruh Malu Mengaku Buat Pembedahan Bariatrik

Anim Ezati tampil mengulas mengenai bentuk badan seorang pempengaruh popular yang  kian hangat diperkatakan baru-baru ini susulan isu pembantu rumahnya.

Hiburan Sat, 31 Jan 2026

“Kalau Saya Diam, Siapa Lagi Nak Lindungi Dia?” – Sering Dikecam, Nur Fazura Pertahankan Fatima

Hati Nur Fazura terusik apabila anaknya, Nur Fatima Aisya sering dikecam.

Featured Sat, 25 Apr 2020
error: Content is protected !!