Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 21, 2026 @ 1:22pm

Mila Mohsin Komen Isu ‘Nepo Baby’, Dedah Jalani Uji Bakat Sebelum Dipilih Jadi Puteri Gunung Ledang

Pelakon cantik Mila Mohsin, 29, tampil menjawab dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘nepo baby’ selepas diumumkan sebagai watak utama dalam pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL).

Mila atau nama sebenarnya Hani Karmila Hani Mohsin berkata, dia sudah lali dengan tanggapan sedemikian dan memilih untuk tidak melayan persepsi orang ramai.

“Bukan pertama kali saya dengar perkara seperti ini. Saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing dan saya tak boleh mengawal apa yang mereka mahu fikir.

“Malah kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan tertanya-tanya perkara yang sama,” katanya.

Menurut Mila, dia lebih selesa menyerahkan kepada peminat untuk menilai sendiri kemampuan serta usaha yang dicurahkan dalam menjayakan watak Puteri Gunung Ledang.

“Saya cuma mahu terus bersangka baik. Jika masih ada yang ragu-ragu, datanglah menonton pementasan ini. Saya akan lakukan sebaik mungkin dan biarkan hasil kerja yang berbicara,” katanya.

Tambah Mila, dia sentiasa berpegang kepada prinsip untuk bekerja keras dan memberikan komitmen penuh terhadap setiap peluang yang diterima.

“Bagi saya, usaha dan kerja keras lebih penting. Selebihnya, terpulang kepada orang ramai untuk membuat penilaian mereka sendiri,” ujarnya.

Pemilihan Mila sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen susulan pertalian keluarganya dengan penerbit serta pengarah pementasan, Puan Sri Tiara Jacquelina yang juga ibunya.

Mila turut menegaskan watak Puteri Gunung Ledang bukan diperoleh dengan mudah memandangkan dia sendiri perlu melalui beberapa sesi uji bakat sebelum dipilih oleh pihak produksi.

“Ini Puteri Gunung Ledang. Ia bukan watak yang boleh diberikan sesuka hati. Saya juga perlu menjalani proses uji bakat seperti orang lain,” katanya ketika ditemui selepas majlis pra-tonton episod ketujuh drama Good Boys Go To Heaven di TGV 1 Utama, baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Mila mengakui pembabitannya dalam drama Good Boys Go To Heaven memberi kesan emosi yang mendalam sehingga terbawa-bawa ke luar set penggambaran.

Menurutnya, watak Maureen yang dilakonkan bukan mudah untuk dilepaskan kerana suasana di lokasi dan penghayatan para pelakon lain membuatkan jalan cerita tersebut terasa begitu dekat dengan realiti.

“Setiap hari di set penggambaran saya melihat bagaimana semua pelakon, termasuk pelakon kanak-kanak, menghayati kesakitan yang digambarkan dalam cerita ini. Ia memang memberi kesan kepada saya.

“Ada masa saya pulang ke rumah dalam keadaan emosi, menangis sebelum tidur dan mengalami mimpi yang kurang menyenangkan. Secara tidak langsung, saya jadi lebih menghargai keluarga sendiri,” katanya.

Mila bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai mimpi yang dialaminya kerana menganggap perkara itu terlalu peribadi.

Tambahnya, dia mengambil masa beberapa bulan untuk memisahkan diri daripada watak Maureen dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa.

“Saya selalu ingatkan diri bahawa saya adalah Mila. Saya bercakap dengan orang-orang terdekat dan cuba kembali kepada realiti. Memang bukan mudah untuk lepaskan watak itu, tetapi saya perlu belajar supaya lebih cepat melepaskan karakter dalam projek akan datang,” katanya.

Selain Mila, Good Boys Go To Heaven turut dibintangi Beto Kusyairy, Zahirah MacWilson, Amerul Affendi, Firdaus Karim, Malek McCrone dan Sayf Mikael.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 7 Aug 2024

Puteri Khareeza Merancang Untuk Ada Anak, Mahu Habiskan Pelajaran Terlebih Dahulu

Kadang memang perlu juga nak rancang ni, kena fikir banyak benda 🥺

Trending Wed, 11 Apr 2018

6张让女生原形毕露的「女校VS合校」爆笑对比!

念女校和男女合校的差异在哪?很多人可能有这样的疑问,而其实透过这6张图…..马上就能看出到底差在哪!

Trending Fri, 6 Nov 2020
Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Jika Ditakdirkan Berjodoh Dengan Seseorang, Saya Harap Ini Perkahwinan Terakhir” – A Aida

Datuk A Aida mengaku dia memerlukan peneman hidup selepas hampir enam tahun menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.

#tilljannah Fri, 27 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Majlis Sambut Menantu, Reen Rahim Geram Dengan Muka ‘Serius’ Adik Ipar – “Dia Ingat Dia Nak Pergi Perang Ke…”

Pelakon Reen Rahim telah menghadiri kenduri sambut menantu yang diadakan di kampung suaminya, Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin di Sungai Besar, Selangor, baru-baru ini. Tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Reen atau nama sebenarnya […]

error: Content is protected !!