Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2026 @ 3:26pm

“Kenapa Kalau Melawak Kena Malukan Orang Lain, Low EQ?” – Hafreez Adam

Pelakon Hafreez Adam tampil menegur tindakan segelintir pihak yang bertindak memalukan orang lain bertujuan untuk melawak semata-mata.

Kata Hafreez menerusi hantaran di Threads, dia sama sekali tidak memahami perangai dan tindakan individu yang sanggup melakukan perkara demikian.

Soalnya, tindakan individu tersebut disifatkannya sebagai seorang yang memiliki tahap kecerdasan emosi ((Emotional Quotient) yang rendah.

“Saya tak faham perangai macam kalau nak melawak kena malukan orang lain? Low EQ? Dia cantik je,” katanya.

Hafreez berkata demikian selepas seorang individu memuat naik kenyataan berkenaan sesi temu bual di antara pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi dan penyanyi, Liza Hanim.

Menerusi kenyataan tersebut, individu berkenaan berasa sebak apabila melihat Liza yang gagal menahan sebak gara-gara digelar sebagai ‘tak berapa cantik’  oleh seorang pengacara.

“Perempuan mana yang tak terasa hati bila ditujukan kata ‘tak berapa cantik’. Sebak tengok Liza Hanim mengalir air mata.

“Pak Nil pun sebak tengok macam tu je kata-kata. Faham konsep spontan tapi sebagai host tutur kata tu kena beradab. Cakna dan alert sensitiviti kena ada pada diri setiap host.

“Agaknya, host tak ambil kelas interpersonal skill tu. Kelas ni adap makan pun kena ajar,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 25 Aug 2024
Trending Wed, 12 May 2021

Isu Ain Husniza: Guru SMK Puncak Alam Ditempatkan di JPN Selangor Sehingga….

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengeluarkan kenyataan mengenai isu seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA), Selangor yang didakwa mengeluarkan kata-kata tidak wajar semasa melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada seorang murid. Menerusi kenyataan […]

Trending Wed, 17 Jun 2020
Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Hiburan Tue, 5 Dec 2023
Trending Thu, 29 Apr 2021
error: Content is protected !!