Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2026 @ 11:00am

Hannah Delisha Kongsi Detik Keguguran, Doktor Maklum Degupan Jantung Baby Tak Ada – “Masa Tu Kandungan Baru Nak Masuk Second Trimester”

“Mula-mula excited sebab sepatutnya dah boleh dengar degupan jantung bayi minggu ke-12”.

Demikian luahan pelakon dan penyanyi, Hannah Delisha apabila berkongsi kehilangan bayinya akibat keguguran ketika usia kandungan mencecah 12 minggu.

Menerusi temu bual bersama audio siar, Sembang Seram, Hannah berkata, dia sendiri tidak menyedari dirinya sedang hamil.

Malah, ketika itu dia juga sedang menjalani proses akhir penggambaran drama rantaian Lelaki Itu.

“Bila sebenarnya saya mengandung? Masa tu saya tengah shoot drama Lelaki Itu. Kalau orang tengok watak saya tu saya meninggal dan ada satu scene tu saya dikapankan dan saya berada di dalam peti mayat.

“So bila track back dengan mak saya, rupanya masa saya buat scene tu, saya dah pregnant,” katanya.

@sembangseram Terutamanya perempuan, hgpa kena sentiasa aware dgn diri sendiri. Pantang semua tu kena jaga ye 🙏🏻 #hannahdelisha #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound – sembangseram

Dalam masa sama, Hanna memaklumkan, dia hanya mengetahui mengenai perkara itu ketika usia kandungannya sudah memasuki lapan minggu.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila dia disahkan kehilangan bayinya ketika kandungan memasuki minggu ke-12.

“Masa dapat tahu saya sebenarnya dah 8 minggu tapi minggu ke-12 yang saya dapat tahu gugur. Baru nak masuk second trimester.

“Masa tu kan yang saya baru tahu degupan jantung baby tak ada. Dan itu pertama kali juga saya hospitalized dan go thru surgery semua,” jelasnya.

Akuinya, ketika mengimbau kembali detik berkenaan, dia dan suami, Imam Shah berasa sangat emosi kerana detik yang sepatutnynya menjadi momen paling bahagia buat mereka bertukar hari paling menyedihkan.

“Momen masa dalam hospital tu memang saya down, yang paling mengejutkan, saya dapat tahu yang degupan jantung tak ada ada sepatutnya minggu ke-12 dah boleh dengar jantung baby. Masa tu excitedlah.

“Bila dapat tahu degupan jantung baby tak ada, masa tu doktor kata ‘Minta maaf dekat saya dan Iman, jantung baby dah tak ada,” kongsinya.

@sembangseram Kehilangan sesuatu yang pernah menjadi sebahagian hidup kita, pernah ada dalam badan kita, jujur itu sangat menyakitkan. #hannahdelisha #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram ♬ original sound – sembangseram

Tambahnya, Imam turut terkesan dengan kehilangan bayi mereka walaupun cuba menyembunyikan perasaan sebenarnya.

“Imam down sangat masa tu, ingat perempuan je down? Laki pun sama. Mereka terpaksa untuk jadi kuat. Dan itu satu benda yang buat saya lagi sayang dekat suami sebab nampak sedih dia tu tapi dia tak nak tunjuk.

“For some reason pun dia minta maaf juga. Tapi benda dah nak jadi kan?” ulasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 Mar 2019

Wanita ini memberikan 200 beg cenderahati kepada penumpang

Hendak marah pun fikir dua tiga kali.

Trending Mon, 15 Jun 2020
Featured Tue, 27 Dec 2022

[VIDEO] Neelofa Tak Sangka Bilal Boleh Jalan 10 Hingga 15 Langkah – “Kaki Dia Bergelang”

Anak soleh nii 🤩 Makin comelll Bilal, geram min tengok! 🤩😍

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Barisan Penyanyi Hebat Tanah Air Warnai Konsert Semalam Di Malaya

Sebelum ini, saya pernah membuat persembahan di pentas yang sama pada 2009 ketika menjayakan Konsert Irama Warisan diiringi MPO. Hampir sedekad tidak beraksi di situ, perasaan gementar sudah pasti ada…

Featured Fri, 12 Aug 2022

[VIDEO] Guna Visa Pelancongan, Individu Dakwa ’Pengkid’ Tunai Umrah Berihram! – “Kau Sebenarnya Berp*ssy”

Astarghfirullahalazim.. 😢 Tak takut ke persenda agama macam ni 😭 Speechless min!! 💔

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Tak Rasa Beban Pun, Saya Okay!

Alif Satar akan sentiasa pastikan berkongsi foto dan aktiviti keluarga yang sesuai bersama peminat…Terbaiklah!

error: Content is protected !!