Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 22, 2026 @ 10:48am

Dihentam Ombak Kuat, Space Dollah Hampir M*ti Lemas Di Bali – “Ketika Itu Saya Mengucap Banyak-Banyak”

Pempengaruh yang juga abang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau Space Dollah mendedahkan detik cemas apabila dia hampir kehilangan nyawanya.

Menerusi perkongsian di Threads, Space Dollah berkata, insiden itu berlaku selepas dia dihanyutkan ombak ketika bercuti di Bali, Indonesia bersama-sama Saddiq dan teman rapatnya baru-baru ini.

Jelasnya, itu adalah pengalaman yang paling menakutkan dalam hidup yang pernah dilaluinya.

“Saya hampir mati lemas di Bali. Saya nak ceritakan pengalaman itu apa yang berlaku di sana, apa yang menyebabkan saya berada di dalam situasi itu dan siapa yang datang selamatkan saya.

“Saya berada di Bali bersama adik saya, Saddiq dan beberapa ahli keluarga dan beberapa orang rakan yang lain atas tujuan kerja dan meluangkan sedikit waktu untuk berehat,” katanya.

Berkongsi lanjut, Space Dollah berkata, meskipun dia merupakan seorang yang pandai berenang namun, kemahiran yang dimiliki itu tidak menjamin keselamatannya apatah lagi ketika berdepan dengan ombak yang kuat di tengah lautan.

“I am very good at swimming, itu apa yang  saya fikirkan tapi saya silap.

“Saya rasa sangat bodoh kerana pada ketika itu I was heading towards the middle of the ocean. Tanpa sedar, ombak dah tarik saya dengan sangat deep. Dan berkali-kali saya dihentam ombak dan saya tak tahu mana datang ombak tu.

“Dan ketika itu saya dah mula panik sebab saya dah tak boleh rasa tanah dekat kaki. Saya ni dah lah orangnya tinggi dan sangat berpengalaman dalam renang. Saya pun masa tu dah mula minum air laut yang sangat banyak sehinggalah saya menjerit meminta tolong dan saya lihat adik saya dan yang lain-lain.

“Masa tu saya tak fikir mereka dengar jeritan saya dan saya ingat saya dah mati,” kongsinya.

 

View on Threads

 

Dalam masa sama, dia juga mengakui sudah putus harapan untuk meminta tolong selain merasakan tubuh badannya semakin lemah dengan hentakan ombak kuat.

“Saya ingat saya dah mati dan saya mengucap banyak-banyak kerana saya minum banyak sangat air laut dan lemah pada ketika itu. Tapi tak tahu masa tu macam mana Saddiq boleh datang dan tolak saya daripada belakang sampailah ke dasar.

“Masa tu memang saya nangis sebab saya ingatkan itu adalah hari terakhir saya,” jelasnya.

Dalam hantaran berkenaan, Space Dollah sempat menitipkan pesanan kepada orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika berada di lautan meskipun mahir berenang.

“Kenapa saya cerita benda ni kepada rakan-rakan satu adalah, bila anda menejrit di lautan, tidak ada siapa yang akan mendengar jeritan anda. Kedua, janganlah fikir anda pandai berenang dan anggap laut itu adalah selamat. Sangat berbahaya jika anda tidak ada pengalaman yang sangat kuat untuk melawan ombak.

“Ini adalah pengalaman paling menakutkan dan saya bersyukur yang saya masih hidup,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 6 Feb 2019
Drama Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Tak Tahu Melur Untuk Firdaus Ada Musim Ke-2, Peminat Teruja Nak Lihat Kemesraan Anna Jobling & Meerqeen!

Alahai comel je pasangan Meerna ni buat Tiktok pakai baju tidur. Apa2 pun, tak sabar lah nak tunggu Melur Untuk Firdaus 2!

Trending Sun, 17 Mar 2019

PM New Zealand-Kami Akan Tanggung Kos Pengebumian Semua Mangsa

Bantuan akan diberikan tanpa mengira status mereka, sama ada warga imigran atau sebaliknya. Bantuan ini termasuklah kos pengebumian, serta sokongan kewangan kepada keluarga-keluarga yang kehilangan sumber pendapatan utama,

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Mon, 4 May 2026

“Tak Payah Nak Toksik Sangat” – Zahirah Macwilson Ulas Dakwaan Terima Layanan ‘Double Standard’

Zahirah Macwilson menyuarakan pandangannya susulan isu tular melibatkan komen negatif yang diterimanya sebelum ini.

Featured Thu, 29 Sep 2022

Azrel Ismail Pernah Dicurangi, Kini Pilih Untuk Curang?

Eh pilih untuk curang? Kenapa pulak tu? 🙀

Hiburan Mon, 18 Mar 2024
error: Content is protected !!