Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 22, 2026 @ 5:15pm

Nourul Depp Tahan Sebak, Menanti Anak Sulung Pulang Ke Pangkuan – “Harap Dia Kembali Ketika Saya Masih Hidup”

Penyanyi, Nourul Depp mengakui masih menyimpan harapan agar hubungan dengan anak sulungnya, Ayu Nazirah, yang didakwa renggang sejak beberapa tahun lalu dapat dipulihkan suatu hari nanti.

Menurut Nourul, dia memilih untuk tidak lagi mengulas secara terperinci mengenai isu membabitkan anaknya itu kerana enggan mengeruhkan keadaan yang disifatkannya masih sensitif.

“Berkenaan anak sulung, saya sudah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak bercakap bahagian yang sensitif. Sebab keadaan sekarang sangat sensitif, saya tidak mahu sentuh lagi,” katanya ketika ditemu bual dalam podcast Inspirasi Nona.

Nourul bagaimanapun menegaskan dia percaya Ayu adalah seorang anak yang bijak dan memiliki asas agama yang baik hasil didikan yang diterapkan sejak kecil.

“Dia seorang anak yang bijak dan pintar. Dia belajar agama, khatam al-Quran dan sebagainya. Saya percaya dirinya telah diisi dengan pengetahuan agama yang banyak. Dia tahu salah silapnya, saya sudah berikan yang terbaik.

“Ada sesetengah yang disampaikan di telinga anak saya adalah yang tidak baik. Disebabkan pengalaman yang lepas, saya ambil keputusan untuk tidak bercakap lagi fasal isu sensitif,” katanya.

Pada masa sama, Nourul mendedahkan Ayu kini memilih untuk menutup semua akaun media sosial miliknya kerana sedikit terganggu dengan situasi yang berlaku.

“Dia juga sudah tutup semua akaun media sosialnya kerana dia sedikit terganggu. Saya percaya dengan kuasa Allah. Saya juga percaya anak sulung saya ini sedang atur perjalanan yang terbaik untuk hidupnya.

“Saya percaya dia sedang diuji untuk belajar menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Walaupun reda dengan ketentuan yang berlaku, Nourul mengakui jauh di sudut hati, dia masih mengharapkan anaknya itu kembali ke pangkuannya.

“Cuma saya berharap dia kembali kepada saya sewaktu saya masih hidup,” katanya.

@nona.my

“Saya percaya Allah sedang aturkan sesuatu untuk dia..” Begitulah luahan Nourul bila ditanya berhubung keberadaan anak pertama dengan bekas suami, iaitu Ayu Nazirah. Hakikatnya, hati ibu mana yang tidak resah apabila anak yang dilahirkan berhadapan dengan dugaan peribadi yang hebat. Tak terkecuali buat penyanyi hebat Nourul Wahab yang kekal optimis, percaya bahawa apa yang ditakdirkan adalah aturan indah dari Allah S.W.T. Namun sudah pasti, jauh di sudut hatinya pasti tersirat seribu satu kisah yang tak terluah. Jom saksikan temubual eksklusif Podcast NONA Inspirasi kami bersama Nourul Depp tepat jam 8 malam ini di saluran YT dan FB Majalah NONA. Tajaan lokasi: @guans.kl #majalahnona

♬ original sound – NONA – NONA

Sekadar info, Ayu ialah anak hasil perkahwinan pertama Nourul bersama komposer dan penyanyi terkenal, Ajai.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 1996 sebelum mengambil keputusan untuk berpisah pada 2006.

Artikel Berkaitan: Hubungan Dengan Anak Sulung Masih Dingin, Nourul Depp Dakwa Wujud Campur Tangan Pihak Ketiga Cuba Menghasut

Artikel Berkaitan: “Kuasa Melepaskan, Satu Hari Nanti Awak Akan Sedar…” – Nourul Depp Luah Rasa Rindu Pada Ayu Nazirah

Kredit: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Featured Sun, 20 Mar 2022
Hiburan Tue, 24 Feb 2026

“Isu Pasal Idah Saya Tak Point Pada Mana-Mana Pihak” – Kamal Adli

Kamal berkata, hantaran itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan hanya mahu berkongsi kepada umum.

Trending Thu, 10 Sep 2020
Hiburan Mon, 10 Mar 2025

Alami Klaustrofobia, Julia Farhana Imbau Pengalaman Ngeri Terperangkap Dalam Ruang Sempit – “Saya Tersekat Hampir 10 Minit”

Julia Farhana fikir hampir mati terperangkap dalam bonet kereta, tersangkut di bawah tanah

Hiburan Mon, 29 Jan 2024
Featured Wed, 1 Mar 2023
error: Content is protected !!