Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 23, 2026 @ 12:59pm

Ukir Fenomena Luar Biasa! Kutipan Panggung Filem Polong Raih RM15 Juta

Filem seram thriller tempatan, Polong terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM15 juta selepas beberapa minggu ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Kejayaan itu sekali gus meletakkan Polong sebagai antara filem tempatan paling hangat diperkatakan tahun ini, hasil sokongan luar biasa penonton yang terus memenuhi pawagam sejak hari pertama tayangan bermula.

Mengangkat jalan cerita yang diolah semula berdasarkan kisah benar, sambutan diterima Polong turut melangkaui kelompok peminat filem seram apabila penonton terpanggil untuk menyaksikan naskhah ini.

Malah, graf kutipan filem ini terus mencatatkan peningkatan drastik dari minggu ke minggu, membuktikan penonton Malaysia memberikan sokongan yang cukup padu. 

Menurut pengarahnya, Zulkarnain Azhar, dia bersyukur dengan penerimaan penonton tempatan terhadap filem seram thriller ini sekali gus menitipkan penghargaan atas sambutan yang diterima.

“Alhamdulillah, saya benar-benar terharu dengan sokongan yang diberikan oleh penonton Malaysia. Setiap tiket yang dibeli, setiap ulasan yang dikongsikan dan setiap cadangan kepada keluarga atau rakan-rakan memberi makna yang sangat besar kepada kami.

“Sebagai pembikin filem, tiada yang lebih membahagiakan selain melihat karya yang dihasilkan diterima dengan baik dan berjaya menyentuh emosi penonton. Kejayaan RM15 juta ini bukan milik saya seorang tetapi milik seluruh pasukan produksi, para pelakon dan yang paling penting, milik semua penonton yang memilih untuk menyokong Polong,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CineMagic (@cinemagicmy)

Kutipan RM15 juta bukan sekadar satu angka, tetapi menjadi simbol penghargaan penonton terhadap usaha dan dedikasi seluruh tenaga kerja di sebalik pembikinan Polong.

Ia juga menjadi bukti bahawa filem tempatan mampu mencipta impak besar apabila mendapat sokongan berterusan daripada masyarakat.

Diterbitkan oleh Golden Star Pictures Sdn. Bhd. (GSPSB) dengan sokongan pengedaran oleh 10 Star Cinemas Sdn Bhd serta kerjasama pemasaran Primeworks Studios dan Astro Shaw, Polong menampilkan barisan pelakon hebat seperti Mimi Lana, Jun Lojong, Fad Anuar, Namron, Nadiya Nisaa,  Amir Nafis dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 15 Aug 2022

Duet Spontan Aishah Bersama M.Nasir Buat Ramai Meremang

Vokal penyanyi Datuk Aishah Ariffin memang tak dapat disangkal lagi. Terbaharu, Aishah dilihat sedang menyanyi di sebuah majlis perkahwinan. Apa yang menarik perhatian ialah Aishah dijemput menyanyi bersama Datuk M.Nasir. Dalam video yang dimuat naik […]

Trending Mon, 20 Aug 2018
Featured Wed, 27 Apr 2022
Hiburan Sun, 13 Oct 2019

Doakan Mamat Khalid…

Semoga diberi kesembuhan buat abang Mamat Khalid. Amin YRA!

Trending Mon, 22 Oct 2018

Maut Makan Laksa, KKM Sahkan Mi Laksa Mengandungi Salmonella!

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan status terkini kejadian keracunan makanan yang disyaki berpunca dari memakan laksa yang dibeli dari premis di Kupang, Baling di Kedah seperti yang dilaporkan sebelum ini.

error: Content is protected !!