Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 23, 2026 @ 12:59pm

Iman Troye Ambil Langkah Berani Rakam Semula Lagu ‘Terasing’ 

Penyanyi Iman Troye mengambil langkah berani apabila merakamkan semula lagu yang dipopularkan oleh penyanyi lagenda, Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

Kata Iman,  lagu itu pada awalnya dirakam secara spontan bersama penyanyi dan komposer, Naim Daniel dek kerana terkenangkan arwah nenek nya.

“Sebenarnya prosesnya sangat spontan. Saya dan Naim bekerja seperti biasa di studio. Kami duduk di depan piano, merakam idea menggunakan telefon bimbit dan saya menulis lirik. Pada awalnya memang tidak berniat untuk mengeluarkan lagu itu secara rasmi.

“Ketika penggambaran video muzik, kami sekadar menyanyikan lagu tersebut secara santai.

“Semasa menyanyikan lagu itu, saya teringat kepada arwah nenek saya yang meninggal dunia dua tahun lalu. Jadi saya rasa seronok untuk menyanyikan semula lagu itu dan memuat naiknya ke media sosial,” katanya.

Dalam masa sama, Iman mengakui dirinya tidak menjangkakan sambutan luar biasa yang akan diterimanya dari pendengar, malah menjadi punca rezeki untuk merakam semula lagu tersebut secara rasmi.

“Tidak sangka pula mendapat sambutan yang sangat baik. Saya sendiri tidak menjangkakan akan diberikan rezeki untuk merakamkan semula lagu Terasing yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad.

“Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu itu kerana bagi saya, Terasing merupakan lagu yang sangat besar.

“Kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya, siapalah saya untuk menyanyikan lagu tersebut. Namun Alhamdulillah, saya bersyukur dengan peluang itu,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 14 Jan 2018

“Tidak Pernah Kasari Saya Langsung”

, suami saya tidak pernah walau sekali pun mengasari saya,” tulis Diana Danielle.

Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Bertudung Bukan Sebab Suami

Pelakon berusia 33 tahun ini memaklumkan keputusan diambil untuk memakai hijab tidak dipengaruhi oleh sesiapa.

Selebriti Thu, 23 May 2024
Featured Fri, 3 Feb 2023

Sissy Imann Menyesal Jual Album Harga RM20 – “Kalau Nak Untung, Baik Saya…”

Sebab tu kalau emosi tak boleh buat keputusan kan.. Kita jadikan semua ni satu pengajaran

Hiburan Sun, 2 Feb 2025
Featured Thu, 5 Mar 2020
Featured Mon, 25 Apr 2022
Hiburan Sun, 10 Mar 2024
error: Content is protected !!