Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Padin June 25, 2026 @ 4:35pm

Media Prima Perkenal ‘Ruang Rehat’, Galak Rakyat Utamakan Kesihatan Mental

Media Prima Berhad memperkenalkan Ruang Rehat, sebuah inisiatif sosial berskala nasional yang menggalakkan rakyat Malaysia meluangkan masa untuk berehat seketika demi menjaga kesejahteraan mental dan emosi.

Dilaksanakan sebagai antara inisiatif utama di bawah komitmen Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) syarikat, kempen ini memanfaatkan rangkaian platform Media Prima bagi memupuk budaya merehatkan minda sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat.

Bermula Jun hingga Oktober 2026, kempen yang membawa slogan “Jaga Minda, Jaga Hati, Sayangi Diri” itu akan dijalankan menerusi pelbagai platform termasuk televisyen, radio, digital, percetakan dan pengiklanan luar (OOH).

Orang ramai turut diajak melayari ruangrehat.my, sebuah hab digital yang menghimpunkan pelbagai kandungan berkaitan kesejahteraan seperti artikel, senarai main audio dan terapi visual bagi membantu pengguna mengambil ruang seketika daripada rutin harian yang sibuk.

Selepas pelancaran, kempen Ruang Rehat akan diteruskan menerusi beberapa fasa yang memberi penekanan kepada penglibatan komuniti, selain membawa pengalaman kesejahteraan digital ke dunia sebenar melalui pelbagai aktiviti dan ruang interaktif.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Rafiq Razali berkata, inisiatif itu diwujudkan bagi menggalakkan masyarakat menjadikan amalan berehat dan menjaga kesihatan mental sebagai sebahagian daripada rutin harian.

“Kami mahu orang ramai memahami bahawa meluangkan sedikit masa untuk berehat bukan sekadar pilihan, sebaliknya satu keperluan dalam memastikan keseimbangan hidup. Dengan kekuatan platform Media Prima, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia terdorong untuk memberi perhatian kepada kesejahteraan mental menerusi rehat yang berkualiti, refleksi diri serta gaya hidup yang lebih seimbang.

“Kami percaya amalan ini mampu membantu individu menjalani kehidupan yang lebih positif dan produktif,” katanya.

Tambahnya, kempen tersebut juga bertujuan mengubah persepsi masyarakat terhadap kepentingan berehat dan mengurus emosi.

“Kami ingin mengurangkan stigma bahawa mengambil masa untuk berhenti seketika adalah tanda kelemahan. Sebaliknya, ia merupakan langkah penting bagi mengekalkan produktiviti, menjaga kesejahteraan diri serta kesihatan dalam jangka panjang,” ujarnya.

Media Prima turut mengajak seluruh rakyat Malaysia menyertai kempen Ruang Rehat dengan memanfaatkan pelbagai kandungan dan sumber yang disediakan bagi meningkatkan kesejahteraan diri serta daya tahan mental menerusi platform ruangrehat.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 20 Jul 2018

Selit Dadah Dalam Coli, Dua Rakyat Malaysia Kena Cekup Di Jepun

Dua wanita berkenaan mengaku menyeludup dadah ‘Stimulant’ dengan menyembunyikan dalam tuala wanita dan coli yang dipakai mereka dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Haneda.

Hiburan Mon, 2 Oct 2023

[VIDEO] “Ira Kazar Dah Terima Kifarah, Dia Terima & Ikhlas…” – Pendedahan Isteri Azlan Komeng Cetus Tanda Tanya

Alamak, apa maksud Nilam ni? Kifarah dalam bentuk macam mana Ira kena tu? 😌

Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Cedera Di Set Penggambaran, Bintang K-POP Ini Terima 30 Jahitan

Menurut syarikat pengurusan, G-Tree Creative, aktor berkenaan sedang menjalani penggambaran drama The Last Empress ketika kejadian itu berlaku.

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Awal Dan Scha Nak Anak Lagi?

Scha Mengandung Ke?

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

Tak Sangka Lagu Sendiri Jadi OST, Farihin Arnia Luah Rasa Syukur – “Pada Awalnya Tertekan Juga Sebab…”

Farihin turut tampil dalam drama Kelas Belakang yang memaparkan realiti kehidupan pelajar kelas paling tercorot

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rezeki Perlu Dikongsi, Suami Fatin Afeefa Nasihat Golongan Atasan Jangan Layan Orang Umpama Mereka Tiada Standard

Suami kepada pelakon cantik Fatin Afeefa, Aliff Awang menasihati netizen untuk sentiasa berkongsi rezeki tidak kira pangkat mahupun darjat. @aliff_awangREZEKI KENA KONGSI. TAK KIRA PANGKAT 😊 Aku tengok orang kaya negara aku layan jockey / […]

Trending Thu, 5 Jul 2018

Degupan Itu Akhirnya Terhenti Dan Hilang Dari Pandangan – Amy Search

Amy menerusi Instagram pada malam Rabu memaklumkan mengenai berita keguguran isterinya selain meluahkan rasa sedih kehilangan bayi yang bakal dilahirkan.

error: Content is protected !!