Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 26, 2026 @ 5:24pm

Rasmi! TV3 Umum AJL40 Berlangsung 15 Ogos Di Unifi Arena, Tiket Mula Dijual Malam Ini

Teka-teki yang menjadi bualan peminat akhirnya terjawab apabila TV3 mengumumkan Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Unifi Arena, Bukit Jalil.

Lebih mengujakan, jualan tiket rasmi untuk malam kemuncak anugerah berprestij itu dibuka bermula jam 9 malam ini, sekali gus memberi peluang kepada peminat mendapatkan tempat bagi menyaksikan persembahan terbaik daripada finalis AJL40.

Tiket boleh dibeli menerusi platform rasmi WowTix http://www.wowtix.com.my, selepas ramai peminat sebelum ini tidak henti-henti bertanyakan bilakah jualan tiket akan dibuka serta lokasi penganjuran AJL40.

Sejak beberapa minggu lalu, media sosial dibanjiri pelbagai komen daripada peminat yang tidak sabar menantikan pengumuman rasmi. Ada yang meminta TV3 segera membuka jualan tiket, manakala segelintir lagi mengakui sudah mula merancang percutian, menempah penginapan dan berkumpul bersama keluarga semata-mata untuk menikmati kemeriahan AJL40 secara langsung.

Pengumuman itu sekali gus menandakan kempen #ROADTOAJL40 kini memasuki fasa yang lebih hangat menjelang malam kemuncak. Selain acara utama, peminat juga bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan termasuk sesi Meet & Greet, Muzik Lab dan beberapa program menarik lain yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Orang ramai yang ingin mendapatkan tiket atau mengikuti perkembangan terkini AJL40 boleh melayari platform rasmi WowTix serta mengikuti saluran media sosial TV3 untuk maklumat lanjut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Sep 2018

WOW… Kasut Termahal Di Dunia Dijual Di Dubai?

Syarikat yang berpangkalan di Dubai ini percaya dengan kepadatan penduduk terdiri dari golongan hartawan di bandar ini percaya kasut ini berpotensi mendapatkan pembeli.

Trending Wed, 15 Jul 2020

Denda RM 150,000 & Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Bakal Dilaksanakan?

Denda sehingga RM150,000 dan penjara sehingga 20 tahun bakal dikenakan kepada pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 diluluskan di Parlimen. Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri […]

Featured Sun, 27 Jun 2021

Bantuan Lebih Komprehensif Kepada B40, M40 Dan T20 – Perdana Menteri

Kerajaan dijangka mengumumkan bantuan yang lebih komprehensif bagi membantu golongan yang terkesan sepanjangan Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara pada Isnin atau Selasa ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan menyeluruh itu dijangka akan […]

Hiburan Thu, 7 Mar 2019

Aduh! 15 Tahun Berlalu, Faizal Tahir Seakan Tak Percaya Bila…

Tak ada seorang pun yang pernah mengatakan begitu kepada saya. Dia insan pertama yang percaya dengan bakat saya sewaktu itu…

Featured Fri, 21 Oct 2022
error: Content is protected !!