Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2026 @ 3:34pm

Ernie Zakri Mendunia, Raih Pujian Peminat Berbangsa Cina Selepas Nyanyi ‘Masing Masing’ Versi Mandarin

Penyanyi, Ernie Zakri menerima pujian ramai apabila buat julung kalinya mempersembahkan lagu hitnya, Masing Masing dalam bahasa Mandarin menerusi program Singer Malaysia 2026.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, difahamkan sebelum ini menolak tawaran untuk menyertai program itu sebagai peserta tetap, sebaliknya memilih untuk tampil sebagai pencabar bagi menguji kemampuan vokalnya.

“Pertama kali menyanyikan lagu Masing Masing dalam bahasa Mandarin. Semestinya nervous but I had so much fun,” tulisnya ringkas pada kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, perkongsian itu dibanjiri pelbagai reaksi positif daripada peminat tempatan, selain turut menerima pujian daripada warganet berbangsa Cina yang kagum dengan usaha dan sebutannya dalam bahasa berkenaan.

Malah, beberapa rakan selebriti termasuk penyanyi, Shila Amzah yang cukup dikenali di China, turut meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian Ernie yang berjaya membawakan lagu tersebut dalam bahasa Mandarin di pentas berprestij itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 15 Apr 2020
Featured Tue, 27 Sep 2022

[VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Min geram sangat tengok Adam, laju je nak angkat tangan eh 🥵 Jangan lupa tonton Aku Tanpa Cintamu episode 7 jam 10 malam ini di TV3!

Hiburan Tue, 13 May 2025

Muzik AI Tanpa Kawal Selia Ancaman Serius Kepada Industri Muzik Tempatan

RIM menyuarakan kebimbangan terhadap impak jangka panjang teknologi ini terhadap hak cipta dan sumber rezeki penggiat seni.

Featured Mon, 5 Apr 2021

“Lebih Baik Terima Gaji Sedia Ada Daripada Jadi Penggangur” – M Saravanan

Berikutan isu gaji minimum graduan yang menjadi perbincangan hangat warganet, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata penetapan gaji minimum kepada graduan tertakluk kepada perbincangan antara majikan dengan bakal pekerja dan tidak melibatkan pendirian […]

Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

error: Content is protected !!