Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 29, 2026 @ 10:19am

“MV Lalu Dua Saat Je, Saya Tak Cukup Berjaya Ke?” – Wani Kayrie Terkilan, Dakwa Pencapaian Karya Muzik Tidak Dihargai

Penyanyi, Wani Kayrie meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa pencapaian video muzik (MV) lagunya tidak diberikan penghargaan sewajarnya dalam satu montaj pembukaan sebuah program hiburan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Wani berkata dia pada awalnya teruja apabila montaj berkenaan memaparkan pencapaian video muzik milik barisan alumni program itu.

Bagaimanapun, dia mendakwa video muzik lagunya hanya dipaparkan selama kira-kira dua saat tanpa disertakan maklumat mengenai jumlah tontonan seperti yang dipaparkan bagi peserta lain.

“Excited tengok opening montage Big Stage tunjuk achievement MV single semua alumni.

“Tapi MV lagu saya lalu dua saat siap takde mention pun achievement views macam kawan-kawan kita yang lain… tak cukup berjaya ke ehh,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rakan selebriti dan netizen tampil memberikan kata-kata semangat kepada Wani selain menyifatkan dia memiliki pencapaian tersendiri yang wajar dihargai.

Artikel Berkaitan: “Allah Tunjuk Bukti & Perangai Orang Yang Tikam Belakang Saya.. Sampai Sekarang Tak Cakap ‘Sorry’” – Wani Kayrie 

Artikel Berkaitan: “Nak Ambil Semangat Dia Untuk AJL” – Wani Kayrie Akui Terpukau Lihat Persembahan Anggrek Bawa Lagu Cak Cak Cekuk

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 11 Oct 2019
Hiburan Tue, 16 Jan 2018

EYKA FARHANA DIKECAM? RAYU AGAR NETIZEN FAHAM

Penonton harus faham jalan cerita drama tersebut sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, kerana dalam watak itu sahaja jelas menggambarkan bahawa dia merupakan seorang remaja yang terlalu meminati kumpulan kpop

Featured Fri, 17 Mar 2023
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Selepas Umum Penceraian, Rashidi Ishak Mengaku Terima Ratusan Mesej Setiap Hari

Ketika ditanya sama ada Rashidi mahu merujuk kembali dengan bekas isterinya, pelakon berusia 46 tahun ini menjawab…

Featured Wed, 24 Sep 2025
Featured Wed, 28 Dec 2022

Comel! Joget Di TikTok, Azhar Sulaiman Ikut Jejak Leona – “Lawan Pak Cik, Jangan Tak Lawan”

Pelakon Azhar Sulaiman baru sahaja kehilangan tawaran untuk mengendalikan program pengembaraan. @azharbsulaimanHari Ku Bermula Dengan Bad News. Lost the Travel Show Job in the Morning Tapi Belah Petang Dapat Job Bersiri for TV3. Rezeki Anak2 […]

error: Content is protected !!