Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 30, 2026 @ 10:45am

Isu Pasangan Curang Dengan Isteri Orang, Abby Abadi Tampil Respons – “Kalau Setakat Baru Mesej Boleh Usaha Baiki Hubungan Lagi”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi tampil berkongsi pandangannya berhubung masalah yang dihadapi seorang individu wanita yang buntu berdepan dengan sikap pasangannya yang didakwa berlaku curang.

Kata individu berkenaan, dia memerlukan pendapat warganet mengenai tindakan yang wajar diambil selepas mengetahui pasangannya mempunyai hubungan dengan isteri orang.

“Apa kau orang akan buat kalau pasangan kau orang curang dengan isteri orang? Tolong guys aku ni antara nak pecah kepala dan gila dah ni?,” soal individu berkenaan.

Sedar dengan hantaran tersebut, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan tampil memberikan pandangannya.

Menurut pelakon drama popular Gerak Khas itu, sekiranya hubungan berkenaan hanya melibatkan hantaran mesej dan belum melangkaui batas, pasangan tersebut masih mempunyai ruang untuk memperbaiki rumah tangga mereka.

“Curang yang dimaksudkan dah sampai tahap mana? Kalau setakat baru bermesej boleh usaha perbaiki hubungan dengan suami.

“Tapi kalau dah melebihi had, kena fikirkan yang terbaik,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 26 Nov 2020
Hiburan Sun, 16 Feb 2025
Featured Thu, 15 Apr 2021

Syabas! Ejen Ali The Movie Terpilih Mewakili Malaysia Ke Brazil

Filem animasi tempatan, Ejen Ali The Movie berjaya mencipta sejarah skali lagi apabila terpilih mewakili Malaysia dalam Pertandingan Filem Animasi di Festival Fantaspoa 2021, di Brazil. Pengarahnya, Usamah Zaid Yasin berkata, pencalonan itu semestinya cukup […]

Hiburan Wed, 11 Oct 2023
Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Trending Wed, 13 Jun 2018

Raya Ini, Sediakan Payung Sebelum Hujan!

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, beberapa bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Sibu, Mukah dan Bintulu, serta di Sabah iaitu Kudat dan Sandakan, menurut kenyataan yang dipaparkan menerusi laman sesawang jabatan itu hari ini.

Hiburan Sun, 14 Dec 2025

Hana Ismail Ambil Keputusan Besar, Rehat Panjang Dari Dunia Pengacaraan Demi Keluarga – “Da’i Syed Nasihat Supaya Saya…”

Hana Ismail berehat dari dunia pengacaraan, ikut nasihat suami minta fokus jaga anak-anak

Hiburan Wed, 15 Apr 2026

Ariff Bahran Rugi RM425,000, Terkilan Dipandang Rendah Sebagai Penganjur Konsert – “Baru Nak Bina Nama, Macam Saya Tak Layak”

Menurut Ariff, pengalaman pahit itu bukan sahaja memberi kesan kewangan, malah turut menguji keyakinannya untuk terus bergerak dalam bidang penganjuran konsert.

error: Content is protected !!