Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 2, 2026 @ 12:24pm

Kontroversi Yang Akhirnya Menjadi Titik Kebangkitan Fazura – “Skala Bahagia Saya Kini 10/10… Alhamdulillah”

“Skala kebahagiaan saya 10 daripada 10. Alhamdulillah,”

Bukan semua orang mampu mengucapkan ayat itu selepas melalui pelbagai episod yang menguji kehidupan.

Bagi pelakon, penyanyi dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin atau lebih dikenali sebagai Fazura, kenyataan itu bukan sekadar menggambarkan perasaannya hari ini, sebaliknya menjadi refleksi kepada perjalanan panjang yang pernah dipenuhi dengan kontroversi, kecaman dan pelbagai ujian yang mengubah dirinya.

Sempena pelancaran single terbaharunya berjudul Kisah Terbaik, Fazura mengakui karya hasil ciptaan Aiman Sidek itu mempunyai makna yang cukup dekat dengan kehidupannya.

Menurutnya, lagu itu bukan sahaja dihadiahkan kepada diri sendiri, malah buat semua yang sedang berdepan dugaan.

“Lagu ni saya hadiahkan bukan untuk diri saya sahaja. Tapi juga kepada peminat-peminat saya. Bila anda dengar lagu ni saya harap siapa yang sedang melalui pelbagai liku hidup, ujian dari Allah harap terus bersabar kerana apabila kita lalui nescaya ada sesuatu perkara besar yang Allah nak bagi.

“Yang penting jangan overthinking. Fikir hari ini dulu, laluinya dengan tabah dan tenang. Jangan fikir esok lusa, bulan depan dan sebagainya. Always stay positive, yakin dengan Allah. Selalu bersangka baik yang Allah akan hadirkan yang terindah.

“Contohi apa yang saya lalui. Alhamdulillah sekarang saya sudah mengecapi kebahagiaan, ketenangan yang setinggi-tingginya,” katanya ketika ditemui Hot FM.

Mendengar kata-kata itu, sukar untuk tidak mengimbas kembali perjalanan hidup wanita yang pernah menjadi antara selebriti paling banyak diperkatakan di negara ini.

Tak semua luka dapat dilihat

Ada masanya, Fazura menjadi perhatian bukan kerana kejayaan lakonannya, tetapi kerana kontroversi yang mengiringi perjalanan seninya.

Pada 2015, namanya hangat diperkatakan selepas tercetus salah faham yang dikenali sebagai isu #KimK. Ketika itu, Fazura menyangka komen seorang netizen yang menulis “Macam KimK” merujuk kepada kata-kata berbaur penghinaan, sebelum memuat naik identiti individu berkenaan di media sosial.


Tindakannya mengundang kecaman hebat daripada warga maya yang berpendapat situasi tersebut berlaku akibat salah faham. Episod itu menjadi antara kontroversi media sosial paling diingati dalam perjalanan kerjayanya.

Beberapa tahun kemudian, Fazura sekali lagi menjadi bualan apabila pertunjukan fesyen koleksinya di Kuala Lumpur Fashion Week 2018 didakwa mempunyai persamaan dengan konsep penutup pertunjukan pereka fesyen Ashley Isham. Walaupun pelbagai pandangan dikemukakan, kontroversi itu terus menjadi antara topik hangat dalam dunia fesyen tempatan ketika itu.

Ujian sebenar bermula apabila melibatkan keluarga

Perceraiannya dengan pelakon Fattah Amin pada Oktober 2024 mengejutkan ramai peminat yang selama ini melihat mereka sebagai antara pasangan selebriti paling diminati.

Selepas perpisahan itu, Fazura berkongsi beberapa faktor yang membawa kepada keretakan rumah tangga mereka, termasuk dakwaan berkaitan pengabaian nafkah, tiada lagi persefahaman dan isu kecurangan. Perkongsian tersebut membuka ruang kepada pelbagai reaksi masyarakat dan menjadi antara berita hiburan yang paling banyak diperkatakan ketika itu.

Belum reda perhatian terhadap kisah rumah tangganya, nama Fazura sekali lagi menjadi tajuk utama apabila syarikat Obor Holding Sdn. Bhd. memfailkan saman terhadap Pink Fate Sdn. Bhd. serta menamakannya sebagai defendan berhubung tuntutan baki bayaran berjumlah RM4.65 juta bagi bekalan tudung.

Mengulas perkara itu, Fazura menjelaskan dirinya dan syarikat merupakan dua entiti yang berbeza serta memilih untuk menyerahkan sepenuhnya urusan berkenaan kepada peguam. Kes tersebut masih melalui proses mahkamah.

Tidak lama kemudian, isu hak lawatan anak tunggal mereka pula menjadi perhatian apabila Fattah memfailkan permohonan komital terhadap Fazura atas dakwaan melanggar perintah hak lawatan yang diputuskan mahkamah.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan tersebut pada penghujung Mac 2026.

Dalam satu kemunculan selepas keputusan itu, Fazura turut mencuit hati ramai apabila berseloroh dia tidak akan dipenjarakan kerana sentiasa menepati janji dan tidak melanggar sebarang perintah.

Allah hadirkan ‘tentera’

Mengimbau kembali detik paling sukar dalam hidupnya, Fazura mengakui kekuatan sebenar datang daripada Allah SWT.

Selain keluarga dan sahabat terdekat, dia menyifatkan peminat sebagai antara anugerah terbesar yang dikurniakan kepadanya.

“Orang kata cliche tapi ni betul. Nombor satu adalah memang pertolongan dan kekuatan dari Allah SWT.

“Nombor dua saya ada support system yang baik keluarga, teman-teman rapat saya dan yang sangat penting adalah peminat-peminat saya. Mereka daripada saat saya jatuh semua datang.

“Bukan saja peminat yang dah lama bersama saya, tetapi banyak silent supporters yang keluar. Allah hantar ibarat tentera untuk memberi sokongan kepada saya.

“Kadang kala saya terfikir apa yang saya lakukan sampai Allah hadirkan saya insan-insan seperti mereka yang mempertahankan saya. Saya sangat bersyukur dan apa pun jadi selepas ini saya tetap akan bersama peminat sebab mereka menjadi tulang belakang dan support system saya,” katanya.

Bagi Fazura, mereka bukan sekadar penyokong kerjaya, tetapi insan yang hadir ketika dirinya berada pada titik paling rapuh.

Sebuah kisah terbaik yang sebenar

Melihat Fazura hari ini, mungkin ramai hanya nampak seorang wanita yang masih tersenyum di hadapan kamera.

Namun di sebalik senyuman itu, ada sejarah panjang yang membentuk dirinya, daripada putus cinta ketika awal kerjaya, kontroversi yang menguji reputasi, perceraian yang menjadi perhatian seluruh negara, sehinggalah berdepan tuntutan saman dan pertikaian di mahkamah.

Mungkin benar seperti yang dikatakannya, setiap ujian hadir bersama sesuatu yang lebih besar.

Dan mungkin juga, Kisah Terbaik bukan sekadar judul sebuah lagu.

Sebaliknya, ia adalah gambaran kepada perjalanan hidup Fazura sendiri,  kisah seorang wanita yang pernah jatuh, pernah dipersoalkan, tetapi akhirnya bangkit dengan hati yang lebih tenang, lebih reda dan lebih yakin bahawa setiap aturan Allah sentiasa mempunyai sebabnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Aug 2019

Sebelum Peluk Islam, Adam Corrie Mengaku Dirinya…

Sebelum memeluk Islam, Adam Corrie mengaku dirinya…

Hiburan Fri, 26 Aug 2022

Netizen Mulut Pedas Tegur Sharifah Sakinah Menari Terkinja-Kinja Di Negara Orang

Semoga yang baik-baik sahaja buat Sharifah Sakinah 😇

familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

《樱桃小丸子》漫画家樱桃子乳癌辞世 享年53岁

日本著名漫画家《樱桃小丸子》原作者樱桃子,于2018年8月15日晚上8时29分,因乳癌与世长辞,享年53歳,丧礼已举行完毕。

Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Kolaborasi Antara 2 Negara – Search Umum Penyanyi, Pemain Bass & Pemain Dram Baru

Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara. Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu […]

Hiburan Mon, 16 Apr 2018

Penantian 12 Tahun Berakhir, Konsert Radja Malaikat Cinta 14 Julai Depan!

Konsert yang sepatutnya diadakan pada 5 Mei ini namun ditunda bagi memberi ruang serta menghormati kewajipan rakyat Malaysia bersempena pilihanraya umum pada 9 Mei

error: Content is protected !!