Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 6, 2022 @ 12:50pm

Kolaborasi Antara 2 Negara – Search Umum Penyanyi, Pemain Bass & Pemain Dram Baru

Akhirnya penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales, 38, dipilih sebagai penyanyi baru kumpulan Search dalam projek kolaborasi antara dua negara.

Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika.

Malah, Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya di ‘blind audition’ program The Voice Bulgaria di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu She’s Gone nyanyian asal Steelheart.

Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib berkata, kemampuan Denden menyanyikan lagu bernada tinggi amat sesuai dengan genre muzik Search.

“Search memilih dia kerana suaranya dan dia boleh menyanyikan lagu bernada tinggi dan amat sesuai dengan Search.

“Dengan usia yang masih muda iaitu 38 tahun kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu Search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” katanya.

Selain Noordin dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas iaitu Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search. Yan pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985.

Selain itu, Yan juga bersama Search dalam album Rampage, Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.

Noordin berkata, Yan bersetuju untuk menyertai Search kerana keserasian bersama kumpulan itu.

“Yan memang serasi dengan Search. Dia sudah bermain dalam banyak konsert Search termasuk ketika Search membuat persembahan di New Music Seminar di New York, Amerika Syarikat pada 1991,” katanya.

Selain itu, Search mengekalkan khidmat Pae sebagai pemain dram. Sebelum ini Pae adalah pemain dram undangan bagi menggantikan Allahyarham Yazit Ahmad ketika beliau mula mengalami masalah kesihatan beberapa tahun lalu.

Dalam perkembangan lain, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 31 Disember 2021.

Noordin berkata, Search Rock Station adalah kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti t-shirt, kasut, topi dan macam-macam lagi.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran.

“Ini termasuk pelbagai barangan koleksi peribadi saya dan Kid yang turut dijual dan dipamerkan,” katanya.

Dalam masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com

Laman web tersebut di jadikan platform rasmi Search dan segala pengumuman, agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita-berita mutakhir akan dimuat naik di situ dalam waktu sama ianya juga adalah laluan penghubung untuk segala urusniaga secara rasmi.

Search juga dalam proses penyiapan akaun media sosial seperti Instagram, Facebook dan YouTube rasmi mereka.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 3 Oct 2025

Sukarelawan GSF & 23 Peserta Malaysia Dipindahkan Ke Penjara Paling Ketat Isr**l

Kesemua mereka dilaporkan ditahan di
penjara paling ketat.

Featured Wed, 30 Nov 2022

Suntik Budaya Silat & Keunikan Bandar Sejarah Melaka, Animasi Popular Mechamato Movie Bakal ‘Gegar’ Pawagam Pada 8  Disember Ini!

MechaBot, Mechanize!!! Jom kita gegarkan panggung wayang tonton Mechamato 8 Disember ni, confirm enjoy sampai habis 🤩

Hiburan Thu, 17 Oct 2019

“Saya Akan ‘Stay’ Sini 28 Hari..” – Kaka Azraff Tak Mahu Pantang Di Rumah

Kalau kebanyakan ibu baru bersalin berpantang di rumah, berbeza pula dengan penyanyi Bukan Hal Aku ini. “Saya akan ‘stay’ di sini 28 hari. Nak tengok rutin harian, boleh tengok di IG Story saya ya?” kata […]

Hiburan Fri, 10 Apr 2026

“Saya Tak Kayu, Tolonglah Ambil Berlakon” – Faye Kusairi Akui Pengikut Sikit Punca Kurang Releven

Pelakon, Faye Kusairi berharap terus diberi peluang membintangi naskhah berkualiti meskipun mengakui dirinya tidak tergolong dalam kelompok artis dengan pengikut ramai di media sosial ketika ini. Menerusi perkongsian di platform Threads, Faye atau nama sebenarnya […]

Hiburan Mon, 29 Sep 2025

23 Tahun Berkarya, Misha Omar Ukir Sejarah Manis Wajah Terpampang Di Times Square

Misha Omar terharu terpampang di New York, Times Square #SpotifyEQUAL

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sule Bakal Tamatkan Zaman Duda April 2020?

Pelawak terkenal Indonesia, Endang Sutisna atau lebih dikenali sebagai Sule dikhabarkan akan menamatkan zaman dudanya pada April 2020.  Hal ini disahkan oleh sumber yang rapat dengan Sule dan dikatakan ayah kepada Rizky Febian itu sepatutnya […]

error: Content is protected !!