Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2026 @ 11:00am

‘Anom Suraya’ Bukan Sekadar Drama, Daiyan Trisha Galas Legasi Karya Ibu

Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui berdepan cabaran tersendiri apabila diberi kepercayaan menggalas watak utama dalam drama Anom Suraya, adaptasi novel popular hasil nukilan ibunya, Dr. Samsiah Mohd. Nor.

Menurut Daiyan, naskhah yang pernah mencipta fenomena sekitar era 1990-an itu mempunyai nilai sentimental yang cukup besar buat keluarganya, sekali gus membuatkan dia memikul tanggungjawab besar untuk menghidupkan karya berkenaan di layar televisyen.

“Saya dan Anom Suraya lahir daripada orang yang sama. Novel ini sangat dekat dengan keluarga saya kerana ia merupakan antara karya yang paling bermakna buat ibu dan paling disenangi ayah.

“Sebab itu, peluang untuk membawa Anom Suraya ke layar kaca datang dengan tanggungjawab yang cukup besar dan saya berharap dapat memberi penghormatan yang sebaiknya kepada karya ini menerusi lakonan saya,” katanya.

Drama 13 episod arahan Osman Ali terbitan Nuansa Film Sdn Bhd itu bakal menemui penonton menerusi slot Lestary TV3 mulai 4 Julai ini.

Lebih istimewa, sempena tayangan perdana, penonton bakal disajikan dengan siaran eksklusif selama dua jam apabila dua episod pertama ditayangkan secara berturut-turut bermula jam 9 malam, Sabtu ini.

Turut membarisi drama berkenaan ialah Idris Khan, Yusuf Bahrin, Fazlina Datuk Ahmad Daud, Halim Radzi, Puteri Khareeza dan Iman Suhana.

Diterbitkan pada 1992, Anom Suraya menjadi antara novel Melayu paling laris pada zamannya dengan beberapa cetakan semula hasil sambutan menggalakkan daripada pembaca.

Drama itu mengisahkan Anom, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Puan Raden.

Kehadiran Anom yang ditugaskan menjaga Bakhtiar dan adiknya, Badrol yang berdepan masalah kesihatan mental, akhirnya mencetuskan konflik apabila kedua-dua mereka mula menaruh perasaan terhadap gadis itu.

Sementara itu, Osman Ali berkata, kekuatan Anom Suraya terletak pada jalan cerita yang jujur dan dekat dengan kehidupan masyarakat.

“Apa yang membuatkan Anom Suraya kekal relevan ialah kejujuran penceritaannya. Kekuatan penulisan Dr. Samsiah menjadi asas kepada perjalanan setiap watak.

“Sebagai pengarah, tanggungjawab saya adalah memastikan roh karya itu terus terpelihara apabila diterjemahkan ke layar agar penonton dapat memahami, merasai dan percaya dengan setiap perjalanan yang dipaparkan,” katanya.

Anom Suraya akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam di TV3, manakala episod baharu boleh distrim 24 jam lebih awal menerusi platform Tonton.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 10 Jun 2019

日本推出「皮卡丘」主题婚礼!婚礼招待、料理、结婚证书全是皮卡丘

红包请放在宝贝球里!日本推出「皮卡丘」主题婚礼,从婚礼招待、婚宴料理到结婚证书全是皮卡丘。

Hiburan Wed, 23 Jul 2025

“Jangan Cakap Macam Tak Ada Akal!” – Netizen Tuduh Gagal Jadi Pramugari, Anak Kak KM Tempelak

Anak Kak KM bidas netizen tuduhan tak berasas berhenti pramugari sebab gagal

Trending Tue, 27 Apr 2021
Trending Sat, 23 Jan 2021
Hiburan Sun, 12 Sep 2021

Haikal Farid & Weswey, Bakat Baharu Malaysia & Indonesia Bergabung Dalam Perihal Dirimu

Bakat baharu dalam bidang muzik, Haikal Farid dan Weswey muncul dengan lagu baharu yang berjudul Perihal Dirimu. Lagu yang menyentuh hati ini berkisar mengenai topik sayangi diri sendiri dan mencintai diri sebenar pasangan seseorang mendapat […]

Hiburan Tue, 29 Jan 2019

‘Minta Maaf Atau…’ – Linda Rafar Mahu Saman Netizen

Saya tak pernah berasa menyesal dengan apa dibuat. Saya hanya mempertahankan hak ibu. Lagi pula, ini bukan untuk kepentingan saya seorang tetapi orang lain juga yang pernah mengalami nasib sama.

Trending Tue, 11 Dec 2018

Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula

Keluarga Terkejut, Lelaki Disahkan Meninggal, Tetapi ‘Bangun’ Semula Saat Mahu Dikebumikan

error: Content is protected !!