Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2026 @ 11:15am

“Rasa Macam Dah Ada Semua, Tapi Kosong Sangat..” – Kamal Adli Akui Diserang Rasa Sunyi

Pelakon, Kamal Adli mengakui sedang berdepan fasa emosi yang sukar apabila tiba-tiba diselubungi perasaan sunyi dan kosong meskipun merasakan dirinya memiliki pelbagai perkara yang sepatutnya membahagiakan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berkata, perasaan itu hadir secara tiba-tiba sehingga membuatkan dirinya mencari pandangan orang ramai mengenai cara untuk mengatasinya.

“Tiba-tiba kena ‘attack’ dengan rasa sunyi dan ‘lonely’ yang dahsyat sangat. Rasa macam dah ada semua yang boleh happykan, tapi sebenarnya kosong sangat,” katanya.

Dalam hantaran sama, Kamal berkata dia percaya muhasabah diri serta mendekatkan diri kepada Allah adalah antara usaha yang boleh dilakukan, namun tetap terbuka untuk menerima pandangan daripada orang lain.

“Selain muhasabah diri dan cari Allah, apa lagi yang kita boleh buat? Anda semua buat apa?

“Tadi dah ‘ride’ seorang diri, kosong saja rasa.

“Any idea? Ustaz? Motivator? Ini bukan minta simpati tau. Just nak pendapat saja,” katanya.

Rata-rata netizen menggesa Kamal supaya terus memperbanyakkan ibadah, mendapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan terdekat serta tidak teragak-agak mendapatkan bantuan pakar sekiranya perasaan yang dialami berpanjangan.

Malah, ramai turut mendoakan agar bekas suami kepada pelakon, Uqasha Senrose itu untuk terus diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi fasa yang dilaluinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 9 Aug 2021

“Jenazah Terasa Sangat Ringan…” – Shuib Sepahtu Kongsi Pengalaman Uruskan Pengebumian Siti Sarah

Walaupun baru sahaja berdepan dengan kehilangan, pelawak Shuib tetap tabah berkongsi kisah pemergian isterinya, Siti Sarah Raissuddin kepada para peminat. Menerusi sesi Instagram Live yang diadakan, Shuib sempat berkongsi pengalamannya mengendalikan jenazah isterinya tengah hari […]

Featured Wed, 29 Apr 2026

Aishah Terkilan, Dakwa Tiket Konsert ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Disabotaj

atuk Aishah kecewa apabila tiket konsertnya ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ disabotaj.

Hiburan Tue, 17 Apr 2018

Azira Shafinaz Akhirnya Nak Kahwin!

Menurutnya, beliau tidak akan melangsungkan majlis pertunangan seperti kebiasaan orang Melayu dan hanya terus melangsungkan perkahwinan sahaja. Wow!

Hiburan Mon, 29 Jul 2019
Featured Tue, 13 Feb 2024
error: Content is protected !!