Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida July 29, 2019 @ 1:51pm

Kalahkan Ernie Zakri, Rosario Juara Asean Song Contest 2019

Juara Bintang RTM2016, Rosario mengharumkan Malaysia apabila menewaskan 25 peserta dari beberapa negara Asean apabila dinobatkan juara pertandingan Asean Song Contest 2019 di Vietnam, semalam.

Malangnya, Ernie Zakri yang turut mewakili Malaysia tersingkir pada pusingan penentuan ke peringkat akhir.

“Segala pujian buat Tuhan. Kemenangan di pertandingan Asean Song Contest 2019, Vietnam, semalam adalah hasil kerjasama dan sumbangan beberapa pihak yang percaya pada bakat saya.

“Saya berterima kasih kepada RTM kerana percaya pada bakat saya dan juga pada Ernie Zakri untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan yang berprestij ini.

“Kami sudah buat terbaik untuk membuktikan bakat-bakat di Malaysia tidak kurang hebatnya. Kenangan sepanjang bertanding ini adalah memori terindah,” katanya.

Rosario mendedikasikan kemenangan itu buat keluarga dan peminat yang sering menyokong kerjaya seninya sejak dulu.

“Kepada seluruh peminat, sahabat dan keluarga, saya terharu dengan sokongan padu dari anda semua kerana sentiasa menyokong perjalanan seni saya. Berkat doa dan sokongan padu dari kamu amat saya hargai.

“Hadiah kemenangan semalam adalah untuk anda yang tidak jemu menyokong dari awal sehingga kemuncak pertandingan. Saya berharap anda terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya.

Penyanyi asal Sabah ini berjaya memukau juri dan penonton melalui vokalnya menyanyikan lagu Run nyanyian asal Leona Lewis pada peringkat akhir itu.

Selain wakil tuan rumah Vietnam, pertandingan itu turut disertai Indonesia, Filipina, Korea, Myanmar, Malaysia, Jepun, Brunei, Kemboja, Thailand, Singapura, Laos termasuk China.

Oleh: Endy Ashari

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Oct 2022
Hiburan Fri, 31 Jan 2025
Hiburan Thu, 10 Oct 2024

“Bunga Bukan Sekuntum, Teruskan Cari Kebahagiaan Baru” – Esma Daniel Titip Pesanan Kepada Fattah Amin

‘Jika bunga itu sukar dilupakan, hargailah kenangannya’ – Esma Daniel

Events Tue, 15 Apr 2025
Hiburan Sun, 3 May 2026

Selepas Auckland, Fattah Amin & Amira Othman Terbang Ke Istanbul Sambung Kisah Cinta Nan Manis!

Selepas mencuri perhatian menerusi kisah romantik berlatarbelakangkan Auckland, gandingan pasangan serasi, pelakon Fattah Amin dan penyanyi Amira Othman terbang ke Istanbul.

Featured Fri, 30 Sep 2022

Wajah Tenang & Tersenyum, Ebit Lew Sambung Perbicaraan Hari Terakhir

UEL tenang melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaran bermula.

Hiburan Wed, 27 Dec 2017

Jonghyun – Peminat Berhijab Berkumpul Kenang Netizen Kecam

Peminat yang terdiri daripada pelbagai bangsa itu hadir dengan membawa beberapa barangan peringatan seperti lilin, bunga, belon dan potretnya ketika upacara itu berlangsung

Featured Thu, 10 Aug 2023
error: Content is protected !!