Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 3, 2026 @ 11:30am

Abby Abadi Tegur Norman Hakim, Minta Jangan Beria Tunjuk Jadi Bapa Mithali

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi mencuri perhatian apabila memuat naik satu perkongsian yang dipercayai ditujukan kepada bekas suaminya, aktor Norman Hakim, berhubung tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Abby atau nama sebenarnya Abaiyah Abdul Manan menegur Norman agar tidak perlu menunjukkan seolah-olah menjadi seorang bapa mithali kerana apa yang dilakukan itu sememangnya adalah tanggungjawab sebagai seorang bapa.

“Tolong ingatkan dia (Norman). Tak perlu beria sangat nak tunjuk macam bapa mithali konon tolong itu ini.

“Kan memang tanggungjawab. Masa anak-anak kecil tak ada pula heran nak jaga mereka. Tak pernah berebut pun nak ambil jaga.

“Sebab tu dah besar rasa macam tolong orang luar eh? Acah,” katanya.

Imbas kembali, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 namun bercerai pada 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak.

Norman kemudian berkahwin dengan aktres, Memey Suhaiza pada 2011, manakala Abby pula mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Artikel Berkaitan: 22 Tahun Menanti, Abby Abadi Lega Norman Hakim Selesai Bayar Mas Kahwin Tertunggak – “Panjang Lagi Ceritanya, Masih Ada Tuntutan Nafkah Anak-Anak Untuk 18 Tahun”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 5 Apr 2023
Hiburan Thu, 27 Jun 2019

Selepas Aksi Cium, Fatin Afeefa Buat Hal Lagi!

Nampaknya, kontroversi ni semakin hangat ye!

Featured Thu, 1 Dec 2022
Trending Thu, 25 Aug 2022

Konsert Terakhir Sebelum Pembedahan, Zamani Tak Raih Simpati

Penyanyi popular, Zamani, 51, memberitahu dia bukanlah mahu meraih simpati peminat malah berusaha mencari dana sendiri sebagai ikhtiar membiayai kos pembedahan penyakit skoliosis (tulang belakang bengkok) yang dihidapinya. Bakal mengadakan Konsert Doa Buat Zamani Unplugged […]

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Hiburan Thu, 17 Oct 2019

Suami Lufya Tampil Perjelas Isu Tidak Hadir Ke Mahkamah

Kita semua harap perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik kan?

Hiburan Fri, 20 Sep 2019

Gemar Selfie Maut Sewaktu Sedang Mandi

Awak sentiasa di hati kami. Telefon saya esok dan katakan ini semua mimpi, bukan kebenaran,

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Sun, 7 May 2023

Konsert Gala Seri Puteri Simfonik Winds Bakal Tampilkan Anuar Zain

Wah siap ada Anuar Zain buat persembahan lah

Hiburan Mon, 21 Apr 2025
error: Content is protected !!