Featured By: tex_admin April 3, 2019 @ 10:31am

5 Sebab Kenapa Wanita Perlu Guna Buih Pembersih Peribadi

Menjadi  wanita memerlukan anda untuk sentiasa menjaga penampilan diri termasuklah aspek kecantikan, kesihatan dan juga kebersihan. Hal ini kerana wanita sememangnya  ciptaan Tuhan yang terindah dan sentiasa perlu dihargai!

Apabila menyentuh soal kebersihan diri, sangat penting bagi setiap wanita untuk menitikberatkan aspek ini terutamanya di kawasan Miss V kerana ia dianggap mahkota abadi wanita.  

Mungkin ramai wanita yang sering kali memandang remeh mengenai  penjagaan Miss V ini. Bagi mereka, membersihkan bahagaian berkenaan menggunakan sabun biasa sudah memadai!

Penggunaan sabun biasa mungkin mengandungi tahap pH yang tidak sesuai dengan Miss V dan boleh memudaratkan kesihatan bahagian intim anda. Jika tidak diberi penjagaan rapi, berkemungkinan akan berlakunya jangkitan kuman, pH bahagian berkenaan berubah, berbau, gatal dan  tidak mustahil timbul masalah keputihan.

Untuk pengetahuan anda, Miss V yang sihat bergantung kepada tiga faktor iaitu keseimbangan pH, bakteria yang sihat dan kandungan glikogen epitelium. Sekiranya salah satu faktor tersebut tidak berfungsi dengan baik, ia boleh menyebabkan pelbagai gejala dan masalah.

Jadi, sangat penting untuk anda memilih produk yang direka khas untuk membersih Miss V bagi menjaga tahap kesihatannya. Pembersih peribadi wanita yang dikeluarkan oleh jenama terkenal NR Mustajab ini mungkin sesuai untuk anda. Cubalah!

NR Blooms

Dikenali sebagai Blooms Intimate Foam, pembersih ini telah diformulasi khusus bagi pembersihan pantas sekali gus mengekalkan kesegaran bahagian Miss V anda. Penulis senaraikan 5 sebab kenapa anda patut menggunakan Blooms Intimate Foam ini.

1. Diformulasi daripada sumber semula jadi

Hasil gabungan bahan semula jadi seperti daun sireh, campuran herba istimewa dan pati bidara, Blooms Intimate Foam ini selamat  digunakan oleh semua wanita. Ini kerana, bahan semula jadi tersebut tidak akan mendatangkan risiko jangkitan terhadap Miss V anda.

Bukan itu sahaja, gabungan formulasi ini juga dapat memberi perlindungan, sebagai agen pelembab, pemutihan, pemulihan keremajaan dan memberi impak kesegaran yang berpanjangan!

Menariknya, penuci ini juga didatangkan dengan tekstur berbeza berbanding jenama produk lain yang ada di pasaran. Teksturnya yang berbentuk ‘foam’ ini kaya dengan buih serta wangian daripada bahan semula jadi yang sangat memukau.

2. Tahap pH yang optimum

Sangat penting sebenarnya untuk menjaga keseimbangan pH Miss V untuk menghindarkan daripada sebarang risiko jangkitan kuman dan sebagainya. Sebab itulah anda perlu menggunakan Blooms Intimate Foam ini. Ia telah diformulasikan dengan kadar pH yang sangat optimum iaitu 3.5 khusus untuk menjaga keseimbangan micro-flora pada bahagian Miss V. Kadar pH yang optimum ini juga selamat dan sesuai untuk penjagaan dan kesihatan Miss V anda.

3. Haruman berpanjangan

Blooms Intimate Foam ini didatangkan dengan 3 jenis haruman semula jadi untuk kesan kesegaran yang berpanjangan. Antaranya:

  • Fresh – Untuk mereka yang sentiasa aktif dalam kehidupan seharian
  • Active – Untuk kesegaran menyeluruh selepas penat bekerja
  • Natural – Untuk mereka yang sukakan haruman 100 peratus semula jadi

Pastinya sangat penting untuk anda gunakan pencuci ini ketika datang haid, kerana ia mampu menghilangkan bau yang kurang menyenangkan pada Miss V. Bukan sahaja wangi, pencuci ini mampu membersih secara menyeluruh!

4. On the go

NR Mustajab

Produk ini didatangkan dalam botol kecil yang mudah  dibawa ke mana sahaja. Paling menarik, ia boleh disimpan di dalam tas tangan anda! Tiada lagi alasan untuk anda tidak menjaga kebersihan Miss V anda selepas ini.

Cara pengunaannya cukup mudah, pam secukupnya pada tapak tangan yang basah dan gosok lembut pada bahagian Miss V. Kemudian, bilas sehingga bersih. Mudah sahaja kan?

5. Harga yang sangat berpatutan

Produk yang hadir  dalam saiz 50ml satu botol ini memiliki harga yang sangat berpatutan iaitu RM19 untuk Semenanjung Malaysia manakala RM22 untuk Sabah dan Sarawak.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimana untuk mendapatkan produk terbaik ini kan?

Anda boleh hubungi talian 03-66201 3077 atau 03-6201 3215 untuk maklumat lanjut atau boleh layari laman web www.nr4u.com.my. Anda juga boleh mendapatkan info di laman sosial Facebook NR Mustajab – NR4U dan Instagram @nr.mustajab.

Jangan lupa ceritakan kehebatan Blooms Intimate Foam ini kepada keluarga dan rakan! Pastinya, produk ini akan menjadi ‘sahabat akrab’ anda.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Apr 2022
Featured Thu, 27 Dec 2018

Serlahkan Keayuan Dengan Pilihan Warna Hijab Sesuai Tona Kulit

Salah pilih warna boleh buat wajah anda kelihatan kusam dan tak bermaya.

Featured Thu, 17 Nov 2022
Featured Tue, 18 Apr 2023

“Jangan Sibuk Jaga Tepi Kain Orang!” – Anak Azhar Sulaiman Mengaku Tak Liar, Pilih Lelaki Melayu Berbanding Mat Salih Sebagai Teman Hidup

Pempengaruh media sosial popular yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mengaku kehidupannya sering menjadi perhatian masyarakat walaupun dia kini sedang sibuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Menurut Leona, kehidupannya di luar […]

Acara Mon, 2 Dec 2019

DBP lancar tujuh buku panduan kesihatan dalam bahasa Melayu

Kandungan bermanfaat untuk ibu bapa dan wanita

Featured Sat, 8 Sep 2018

Anak Sulung Jessica Alba Dah Besar Panjang & Mirip Rupa Ibunya

Tak sangka yang Jessica Alba dah menjadi ibu selama sedekad.

Featured Thu, 19 Aug 2021

#JusticeForBella, Pengasas Rumah Bonda Bakal Didakwa Di Mahkamah

Isu penderaan seorang kanak-kanak perempuan Sindrom Down, Bella yang tular di media sosial dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan dikenali Rumah Bonda masih belum menemui titik penamat. Terbaru, suspek utama kes penderaan Bella yang juga […]

Featured Thu, 8 Feb 2024

Marissa & Aslam Kahwin 27 Disember lalu, Norman Hakim & Abby Abadi Tak Beri Restu?

Allahu, jangan membelakangi orang tuaburuk padahnya😥