Euforia Bola 2026
familuv By: tex_admin April 12, 2019 @ 11:29am

Berkahwin dengan lelaki muda menyebabkan wanita mati lebih cepat! Anda berani?

Perkahwinan adalah impian kebanyakan insan yang  mempunyai pasangan.

Penyatuan dua jiwa ini kadangkala boleh mempengaruhi jangka masa hidup seseorang.

Ini kerana, menurut pakar, rahsia umur yang panjang bagi wanita adalah dengan mengahwini lelaki yang sebaya dengannya.

Perkahwinan secara umumnya meningkatkan jangka hayat kehidupan seseorang tetapi jarak umur antara pasangan memberikan kesan yang berbeza kepada lelaki dan wanita.

Mengahwini lelaki yang lebih berusia akan memendekkan umur wanita, namun menurut kajian, lelaki yang lebih muda sebenarnya adalah punca utama wanita mati lebih cepat!

Kajian ini didapati daripada rekod perubatan sepasang suami isteri dari Denmark yang mencadangkan agar wanita mengahwini lelaki yang sebaya dengan mereka untuk hidup lebih lama.

Disebabkan rekod kesihatan terdahulu menunjukkan lelaki akan hidup lebih lama jika mereka mempunyai isteri yang lebih muda, maka para pengkaji mengharapkan keputusan yang sama bagi wanita tetapi sebaliknya pula yang berlaku!

Foto: Insider

Satu kajian dari Sven Drefahl di Institut Max Planck, bahagian Kajian Demografi di Rostock, Jerman menunjukkan bahawa semakin besar jarak umur antara  isteri dengan suaminya, semakin pendek umurnya tidak kira sama ada lelaki tersebut adalah lebih muda atau tua daripadanya.

“Wanita yang mempunyai suami yang lebih muda mungkin meninggal dunia lebih awal kerana terpaksa berhadapan dengan stres yang melampau,” katanya.

Menurut laporan Sven di Jurnal Demografi, lelaki antara tujuh hingga sembilan tahun lebih tua daripada isterinya mempunyai kadar kematian yang lebih rendah iaitu sebanyak 11 peratus  berbanding lelaki yang mempunyai isteri yang sebaya dengannya.

Bagaimanapun, bagi wanita yang lebih tua daripada suaminya dengan jarak umur antara tujuh hingga sembilan tahun, kadar kematiannya meningkat sebanyak 20 peratus berbading suami yang sebaya dengannya!

Foto: The Guardian

Pengkaji pernah menganggap bahawa individu yang lebih sihat mempunyai peluang untuk memilih pasangan yang lebih muda dan secara tidak langsung dapat meningkatkan jangka umur seseorang.

Ini kerana, pasangan lebih muda dapat memberikan kesan  psikologi kepada pasangannya yang lebih tua dan dapat menjaga mereka dengan baik pada usia tua, namun kajian Sven membuktikan perkara yang sebaliknya kepada anggapan ini.

Bagaimana? Bagi kami, pasangan lebih muda atau tua  tidak penting. Kebahagiaan itulah yang paling utama!

Sumber: The Guardian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 12 Nov 2019

Hukum terminum susu isteri yang perlu suami tahu

Keliru dengan syarat anak susuan

familuv Fri, 8 Mar 2019
familuv Wed, 29 Apr 2020

Ketahui 4 cara menyantuni ibu baru bersalin ketika PKP

Bertanya khabar adalah tindakan paling berkesan

familuv Wed, 2 May 2018

Para Ibu Perlu Tahu, Aktiviti Melihat Cermin Bantu Rangsang Minda Bayi

Cubalah aktiviti melihat cermin bersama bayi anda, pasti akan merangsang minda mereka!

familuv Wed, 28 Nov 2018

Mereka Juga Berkorban Dan Ini 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Caesar

Bersalin secara normal mahupun pembedahan menuntut pengorbanan yang sama daripada seorang ibu. Mereka bertarung nyawa!

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

familuv Sat, 23 Mar 2019
familuv Mon, 3 Dec 2018

Pelakon Jelita Reese Witherspoon Kongsikan Rahsia Dia Membesarkan Anak-Anaknya

Mungkin anda boleh praktikkan juga dengan anak-anak anda nanti.

familuv Mon, 16 Jul 2018

Ikuti 5 Tip Penting Sebelum Membeli Katil Untuk Bayi Anda

Jangan main beli saja. Keselamatan bayi anda perlu diutamakan!

error: Content is protected !!