Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom November 28, 2018 @ 9:00am

Mereka Juga Berkorban Dan Ini 10 Perkara Dilalui Ibu Ketika Bersalin Caesar

Bersalin secara biasa mahupun pembedahan (caesar), masing-masing ada cabaran tersendiri. Seperkara yang pasti, anda tetap berjuang demi menyelamatkan nyawa anak dalam kandungan dan perjuangan anda itu satu pengorbanan yang sangat hebat!

Bercakap mengenai pengalaman bersalin secara caesar, hanya mereka yang melaluinya saja tahu bagaimana perasaan takut bersilih ganti apabila masuk ke dewan bedah.

Siapa bilang ibu bersalin caesar tidak berasa sakit? Anda sebenarnya salah kerana ada beberapa hal yang akan dirasai mereka.

Dari perkongsian pengalaman seorang ibu bernama Claire Vath yang melahirkan dua anaknya secara caesar, terdapat beberapa panduan bagi menangani perasaan gementar ketika bersalin secara pembedahan.

Sebelum itu, Claire cuba untuk bersalin secara normal, namun setelah mengalami kontraksi selama lapan jam, bayinya tetap tidak berjaya dikeluarkan. Setelah itu, doktor sarankan untuk melakukan ceaser.

Berikut 10 pengalaman bersalin caesar yang dirasai Claire dan cara mengatasinya. Kisahnya itu dikongsikan di laman Scary Mommy.

Foto: Romper

Pengalaman bersalin caesar – 10 perkara yang akan anda alami

1. Tubuh jadi bergetar

Setelah ubat bius masuk ke dalam tubuh, anda akan merasakan tubuh bergetar dan seolah terkena demam sejuk. Ditambah pula dengan suhu bilik pembedahan yang terlampau dingin.

Cara mengatasi:

  • Minta selimut dari petugas. Selama dibedah, selimut ditempatkan pada bahagian atas tubuh jadi selesai saja luka dijahit, anda boleh minta lebih banyak selimut.

2. Tangan diikat

Ketika pembedahan, jururawat akan ikat kedua-dua tangan ibu secara mendepa. Ia bertujuan bagi mengurangkan gerakan ibu selama berlangsungnya pembedahan.

Cara mengatasi:

  • Jika tidak mahu diikat dan kurang selesa, pesakit boleh minta jururawat melepaskannya.

3. Tekanan

Ketika bayi keluar dari rahim, ibu akan merasakan tekanan semasa doktor membedah perut kerana udara masuk.

Cara mengatasi:

  • Usaha untuk melihat dan bersembang dengan staf atau sesiapa yang ada di ruang pembedahan. Malah tak ada salahnya untuk bertanya tentang apa yang terjadi.

4. Mungkin muntah

Bagi mereka yang selalu muntah kerana gelisah, mungkin ia akan terjadi ketika berlangsungnya pembedahan.

Cara mengatasi:

  • Jika ingin muntah, usahakan untuk tidak angkat kepala. Minta jururawat atau staf di bilik pembedahan sediakan tuala basah di leher bagi memudahkan pesakit ketika berasa mual.

5. Sakit kerana gas

Ketika dibedah, bahagian perut yang selama ini tertutup akan dibuka dan ketika bayi keluar, udara masuk ke dalamnya. Hal ini akan membuatkan anda merasa sakit di bahagian tertentu.

Cara mengatasi:

  • Bertenang dan cuba tarik nafas atau minta bantuan staf yang ada dalam bilik pembedahan.

6. Mati rasa

Ketika dibedah, doktor akan potong banyak saraf supaya lebih mudah mengeluarkan bayi sekaligus akan membuatkan anda mati rasa.

Malah Claire sendiri mengaku beliau merasai mati rasa di bahagian kulit bekas jahitan yang menebal dan ada ketikanya ia terasa gatal.

Cara mengatasi:

  • Jika mengalami sebarang keraguan dan kebimbangan, beritahu doktor atau jururawat di bilik pembedahan itu.

7. Kaki lebih bengkak

Ketika menjalani pembedahan, ibu akan dimasukkan cecair tambahan dan sesetengahnya akan dimasukkan darah bagi mengatasi darah yang keluar ketika pembedahan.

Oleh sebab itu, ada beberapa bahagian tubuh yang terlihat seperti bengkak.

Cara mengatasi:

  • Pantau bengkak itu dan letakkan kaki lebih tinggi dari tubuh.

8. Sembelit

Setelah menjalani pembedahan caesar, kemungkinan anda akan mengalami kesukaran untuk buang air besar dan najis juga keras.

Cara mengatasi:

  • Dapatkan ubat untuk melembutkan najis dari doktor supaya mudah buang air besar.

9. Masa pemulihan

Setiap ibu memiliki masa pemulihan yang berbeza selepas menjalani pembedahan caesar. Ada yang harus rehat berminggu-minggu dan ada juga yang langsung tak boleh berjalan selepas caesar.

Cara menangani:

  • Makan ubat yang diberi doktor supaya tubuh lebih cepat segar dan kuat. Bila tenaga kembali pulih, banyakkan berjalan supaya darah tidak beku.

10. Rasa bersalah

Ibu yang bersalin caesar sering mendapat tanggapan negatif daripada orang sekeliling yang mengatakan mereka ambil jalan mudah untuk bersalin.

Walhal, bersalin secara pembedahan juga mempunyai risiko dan trauma tersendiri. 

Selain itu, ibu yang bersalin secara pembedahan juga mengalami sedikit kesukaran untuk menyusukan bayi dan perlu lebih berhati-hati. Bila anak tidak puas menyusu, biasanya anak akan rasa down.

Sumber: The Asian Parent Malaysia

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 16 Dec 2025

Terkenal Sebagai Pempengaruh Topik Kekeluargaan, Bonda Umirah Angkat Peranan Surat Dalam Memperkukuh Institusi Perkahwinan

Selepas kejayaan buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang yang terjual lebih 20,000 naskhah, pempengaruh Bonda Umirah melancarkan karya terbaharu, Seratus Surat Cinta Buat Isteri.

familuv Wed, 28 Aug 2019
familuv Mon, 9 Dec 2019

5 jenis kerusi keselamatan kanak-kanak yang anda perlu tahu

Jangan beli sahaja, ketahui kerusi yang sesuai untuk si kecil

familuv Fri, 28 Sep 2018

Tip Menarik Untuk Galakkan Si Manja Anda Minum Air Kosong

Air sangat penting untuk tubuh badan semua!

familuv Wed, 6 May 2020

Bina sendiri permainan luncur di dalam rumah sepanjang PKP

Guna kreativiti daripada kotak dan pita pelekat

familuv Wed, 4 Jul 2018

Sehari Tukar 10 Kali, Wah Banyaknya Baju Maryam!

Jauh sekali niat untuk menunjuk-nunjuk sebaliknya sekadar mahu memanfaatkan baju bayi yang dibeli pasanggan suami isteri sepadan itu sejak lima tahun lalu.

familuv Fri, 31 May 2019
familuv Tue, 12 Jun 2018

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka mesti ikuti tip ini!

familuv Thu, 12 Jul 2018
familuv Thu, 7 Jun 2018

Harus Bijak Pikat Hati Anak Agar Si Degil Akhirnya Mendengar Kata

Anak yang degil dan keras kepala adalah perkara yang biasa dilalui oleh ibu bapa.

error: Content is protected !!