Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops October 15, 2019 @ 7:58pm

Anak mengalami tantrum? Cuba teknik senaman minda Brain Gym untuk tenangkannya

Setiap anak mempunyai perangai dan kerenah masing-masing ketika kecil. Mungkin ada yang akan berguling di lantai atau meraung sesuka hati sekiranya kehendak mereka tidak dituruti da mungkin ada juga yang sanggup terus bermain dengan rakan sebaya walaupun lampin pakai buang sudah basah dengan air kencing.

Kenyataannya semua anak kecil pasti pernah melalui satu fasa yang mana mereka memang banyak kerenah dan marah-marah. Keadaan ini dipanggil temper tantrum dan ibu bapa perlu sabar menangani anak yang mempunyai tantrum sebegini.

Oleh itu, supaya situasi ini tidak melarat, ibu bapa perlu tahu cara untuk meredakan kemarahannya.

Salah satu teknik yang boleh dilaksanakan ialah senaman minda Brain Gym yang direka khas untuk merangsang aktiviti otak. Sama seperti senaman fizikal yang menguatkan otot teras, senaman minda menggalakkan pengaliran darah dan bekalan oksigen ke otak.

Menurut Livestrong, senaman Brain Gym bertujuan untuk melepaskan tekanan dan lebihan tenaga serta meningkatkan tahap pembelajaran. Ia juga membantu kanak-kanak membangunkan kemahiran motor dan daya ingatan serta memastikan otak mereka dapat berkembang dengan efektif.

Senaman Brain Gym mampu merangsang otak. Sumber: Praxis Afanyibo

Hook-Ups

Salah satu teknik Brain Gym yang sesuai untuk kanak-kanak ialah Hook-Ups. Ia dikhaskan untuk mereka yang mengalami tekanan, keresahan, krisis emosi dan beban lebih deria (sensory overload).

Ia mampu menenangkan badan, menghilangkan stres, mengawal pernafasan dan menajamkan fokus.

Bagi kanak-kanak, teknik ini lebih ideal jika dilaksanakan selepas waktu bermain atau waktu rehat. Tujuannya ialah untuk menurunkan kadar tenaga dan mengembalikan fokus mereka kepada proses pembelajaran.

Ia boleh dilaksanakan ketika berdiri (lebih disarankan), duduk atau berbaring di lantai.

Teknik Hook-Ups amat mudah untuk dilaksanakan. Sumber: ilslearningcorner.com

Berdiri:

  1. Silangkan kaki sambil memastikan ia sentiasa lurus.
  2. Luruskan tangan ke hadapan badan dan silangkan. Kedua-dua tapak tangan mesti bertemu dan jari-jemari perlu bercantum.
  3. Bengkokkan siku dan bawakan tapak tangan yang bercantum itu rapat ke dada. Bahagian siku akan menghala ke luar.
  4. Kekalkan posisi ini selama dua ke lima minit, ataupun selama mana yang diperlukan untuk tenangkan badan. Tarik nafas dalam-dalam dan dengan perlahan.

Duduk:

  1. Sambil duduk di kerusi, silangkan kaki di bahagian buku lali. Pastikan kaki kanan berada di atas kaki kiri.
  2. Luruskan tangan ke hadapan badan dan silangkan. Kedua-dua tapak tangan mesti bertemu dan jari-jemari perlu bercantum.
  3. Bengkokkan siku dan bawakan tapak tangan yang bercantum itu dekat ke dada. Bahagian siku akan menghala ke luar.
  4. Kekalkan posisi ini selama dua ke lima minit, ataupun selama mana yang diperlukan untuk tenangkan badan. Tarik nafas dalam-dalam dan perlahan.

Untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas, rujuk video di bawah ini.

Mudah sahaja, bukan? Kebanyakan daripada teknik senaman ini lebih efektif untuk kanak-kanak, golongan yang lebih berumur pun boleh mendapat manfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 4 Jul 2018

Ketahui Manfaat Minum Air Suam Untuk Kesihatan

Perbanyakkan minum air suam untuk kesihatan anada.

familuv Tue, 19 May 2020

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Kaedah mudah nyatakan kerinduan terhadap ibu bapa

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bukan Seperti Typical Kafe Yang Lain, Kafe Lads & Lassies Beri Anda Sejuta Kelainan!

Melangkah masuk ke Lads & Lassies, sepertinya berada dalam kebanyakan kafe di Eropah. Suasana ‘laid back’, berlatarkan seleksi irama popular  lagu-lagu Barat era 90-an, terasa tenang.

Kafe dua tingkat terdapat salon rambut di aras atas itu, turut terdapat sudut bacaan.  Naskah seperti novel dan biografi membabitkan tokoh-tokoh dunia selain tulisan mengenai penyiasatan dan perundangan, memenuhi rak-rak buku.

Gaya Hidup Mon, 22 Jul 2019
familuv Tue, 12 May 2020

Cara elak si kecil buat perangai depan tetamu

Walaupun di rumah  sendiri, perlu berkelakuan baik

familuv Mon, 4 Feb 2019
Featured Mon, 11 Nov 2019
Featured Thu, 26 Jul 2018

Sedut Asap Kayu Manis Bakar Boleh Rawat Masalah Resdung Yang Kronik. Mujarab!

Apabila anda sedut asap kayu manis ini, hidung akan rasa pedih sedikit tetapi selepas itu anda akan merasakan kelegaan pada sistem pernafasan. 

Featured Wed, 19 Dec 2018
familuv Wed, 15 Apr 2020

Lapan kewajipan anak perempuan kepada ibu bapa setelah berkahwin

Patuh pada suami, ibu bapa jangan dilupakan

error: Content is protected !!