Euforia Bola 2026
familuv By: Shaidah Shafie May 19, 2020 @ 3:38pm

Rindu ibu bapa di kampung, jom jenguk mereka secara dalam talian

Menjelang Aidilfitri ini, ramai warga siber yang melahirkan kesedihan dan kerinduan pada kampung halaman dalam media sosial kerana tidak dibenarkan pulang ke kampung.

Walaupun ramai yang cuba untuk pulang ke kampung, kebanyakannya diarahkan berpatah kembali di sekatan jalan raya. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan sehingga 9 Jun 2020 tidak membenarkan pergerakan rentas negeri demi membendung penularan COVID-19.

Tidak kira anda sudah berkeluarga atau bujang, semuanya tidak dibenarkan pulang, kecuali hal berkaitan kematian sahaja yang diberi kelonggaran oleh Kerajaan.

Begitupun,PKPB bukan alasan untuk dijadikan penyebab anda terputus hubungan dengan ibu bapa.

Bercakaplah dengan orang tua anda, tanya mereka mengenai kisah yang menjadi kenangan manis kepeda mereka. Foto: innomedik.com

Pakar terapi berdaftar daripada Cityscape Counseling yang berpangkalan di Chicago, Nicole Bentley, mencadangkan ahli keluarga yang terpisah berikutan PKP supaya kekal berhubung antara satu sama lain walau apa cara sekali pun.

“Sama ada menggunakan telefon, video, surat mahupun e-mel, kesemuanya penting untuk menghubungkan sesama ahli keluarga yang berjauhan dan pastikan apabila berhubung menerusi aplikasi berkenaan, fokus kepada perbualan yang mendatangkan manfaat.

“Luahkan juga perasaan bahawa anda merindui dan menghargai mereka atau imbas kembali memori silam anda bersama mereka yang paling diingati,” katanya dalam satu perkongsian di sebuah laman sosial.

Sementara itu, pakar psikologi klinikal dari Atlanta, Zainab Delawalla, berkata perbualan secara kerap menerusi telefon penting bagi mengeratkan hubungan, selain dapat menghilangkan kebosanan.

Hubungi ibu bapa menerusi telefon atau e-mel bagi melahirkan kerinduan anda kepada mereka – gambar hiasan. Foto: hellodoktor.com

Katanya, antara topik perbualan termasuk mengenai kisah silam mereka atau ketika anda masih kecil bagi mengembalikan kenangan manis kepada ibu bapa anda.

“Apabila berhubung dengan mereka, minta mereka berkongsi cerita dengan anda mengenai masa silam mereka iaitu pada zaman kanak-kanak sebelum anda dilahirkan.

“Tunjukkan juga anda prihatin terhadap mereka walaupun berjauhan, mungkin dengan memesan barangan dapur secara dalam talian dan meminta pembekal menghantar kepada mereka,” katanya.

 

Selain itu katanya, antara inisiatif mudah boleh dilakukan termasuk menghantar bahan bacaan kepada kedua-dua ibu bapa di kampung dan mengirimkan lagu-lagu yang boleh membangkitkan nostalgia sebagai rasa penghargaan anda terhadap mereka.

Mudah sahaja saranan berkenaan, oleh itu lakukan segera supaya mereka mengetahui anda sangat mengambil berat dan menghargai mereka. Pada masa sama, anda juga pastinya berasa puas kerana dapat membahagiakan kedua-duanya walaupun dari kejauhan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 2 Mar 2023
Featured Fri, 14 Oct 2022

Caprice ‘Koyak’ PU Syed Tegur Urus Aurat Bini, Netizen Kecam Minta Jangan Sibuk- “Kan Dah Makan Diri! Sibuk Sangat Pasal..”

Kecoh nama Caprice dua tiga hari ni. Hmm apa pendapat korang pasal ni? Wajar tak Caprice dedahkan perbualan antara mangsa gangguan seksual PU Azman?

Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Featured Wed, 11 Jul 2018

Miliki Satu Ijazah, Dua Ijazah Sarjana Dan PHD, Tabik Buat Soo Wincci!

Pelakon dan penyanyi Soo Wincci teruja untuk menerima Ijazah Sarjana keduanya di Berklee Valencia Campus.

#tilljannah Wed, 25 Jan 2023

[VIDEO] Isteri Fizo Omar Mengidam ‘Ride’ Motosikal, Netizen Komen “Baby Boy Gayanya”

Perkongsian terbaru pelakon, Fizo Omar mencuri perhatian ramai apabila dia dan isteri, Fazeera Nazri menunggang motosikal berkuasa tinggi. Berdasarkan hantaran tersebut, Fizo dan isteri menunggang motosikal besar berwarna kuning bertolak ke Genting Highland untuk bersarapan […]

Featured Mon, 5 May 2025
Featured Fri, 4 Jul 2025

Gara‑Gara Sebiji Epal, Umie Aida Didenda RM1,000 Di New Zealand

Kata Umie, pada awalnya dia tidak membawa apa-apa makanan kerana mahu memudahkan urusannya di kaunter imigresen.

error: Content is protected !!