Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Yanie Baharom March 6, 2018 @ 12:17pm

Bukan Seperti Typical Kafe Yang Lain, Kafe Lads & Lassies Beri Anda Sejuta Kelainan!

Melangkah masuk ke Lads & Lassies, sepertinya berada dalam kebanyakan kafe di Eropah. Suasana ‘laid back’, berlatarkan seleksi irama popular  lagu-lagu Barat era 90-an, terasa tenang.

Kafe dua tingkat terdapat salon rambut di aras atas itu, turut terdapat sudut bacaan.  Naskah seperti novel dan biografi membabitkan tokoh-tokoh dunia selain tulisan mengenai penyiasatan dan perundangan, memenuhi rak-rak buku.

Shereena Mohamed Saini, 37, graduan Jurusan Undang Undang dan Komunikasi Massa  dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), mengusahakan kafe itu bersama adik lelaki bongsunya, Mohamed Danial Saini, 29.

 

 

Mula beroperasi pada 31 Januari yang lalu, ambience kafe terilham dari memori saat berkunjung ke Amsterdam, turut mempengaruhi hidangan yang melatari menu Lads & Lassies.

“Konsep yang diketengahkan, sebenarnya menjurus masakan di rumah. Apabila pelanggan menikmati hidangan disini mengingatkan mereka pada keselesaan suasana di rumah dan tidak terikat dengan keadaan di restoran,” kata Shereena.

Terdapat 20 hidangan yang mana kesemuanya adalah homemade. Manakala seleksi minuman sebanyak 31 jenis terdiri dari beverage, non-coffee, tea, smoothies dan milkshakes untuk memberikan ‘satisfaction’ kepada pelanggan

 

www.instagram.com/ladsandlassies.sa/?hl=en

“Sepertimana pelanggan menikmati masakan di rumah, begitulah juga cara kami menyediakan hidangan buat mereka.

“Kebanyakan menu yang terdapat disini, adalah improvisasi daripada menu sedia ada.  Sloppy dan Texas burger misalnya, boleh didapati dimana-mana. Tinggal lagi kami menerapkan citarasa tempatan.

“Di dalam hidangan burger kami terdapat ayam balado. Ia salah satu menu fusion yang menggabungkan citarasa Timur dan Barat. Burger yang dijual disini juga istimewa kerana menggunakan blue cheese,” katanya lagi.

 

www.instagram.com/ladsandlassies.sa/?hl=en

Shereena menambah, bekalan daging segar dibeli dari pengusaha ladang ternakan tempatan. Cuma sebahagian kecilnya saja diimport dari Australia.

“Selain barangan basah seperti daging diambil dari pembekal tempatan, minuman kopi yang terdapat di kafe ini juga bukan dari jenama komersil. Bagi mengekalkan kualiti dan rasa kopi itu sendiri, kami hanya menempah 5 kilogram untuk sekali tempahan.

“Alasan mengapa kami mengambil  barangan basah dan kopi secara terus dari pembekal tempatan, selain memastikan kesegarannya ia juga salah satu cara untuk kami membantu produk local,” katanya.

 

www.instagram.com/ladsandlassies.sa/?hl=en

Bukan itu saja bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan pastries pula menggunakan produk premium dimana penggunaan produk berkualiti ini dapat memberikan kenikmatan yang berbeza dalam hidangan. Paling seronok kek serta manisan Lads & Lassies dijual pada harga berpatutan walaupun menggunakan produk premium.

Bercakap mengenai hidangan signature Lads & Lassies, Danial sama sekali tidak menyangka menu Sloppy Blue Cheese, Butter Chicken Rice, Nachos dan kacang pool ciptaannya, antara paling digemari pelanggan.

“Saya sudah terbiasa melakukan kerja-kerja di dapur seawal usia 14 tahun lagi. Bidang masakan bagi saya ada seni yang tersendiri dan tentunya satu kepuasan apabila pelanggan menyukai hidangan yang disediakan,” kata graduan jurusan pengurusan perniagaan dari salah sebuah kolej tempatan itu.

 

www.instagram.com/ladsandlassies.sa/?hl=en

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 9 Jul 2019

10 petanda hubungan anda dengan pasangan semakin renggang

Pastikan anda tidak berada di dalam situasi ini.

Featured Fri, 11 Oct 2019

Dr Amani, saintis wanita Malaysia pertama bekerja dengan NASA

Tiada halangan yang tidak boleh diatasi

Gaya Hidup Wed, 7 Mar 2018

Mahu Rasai Penginapan Mewah Seperti Bercuti Di Bali? Jom Ke Aman Rimba Janda Baik!

Terpegun dan terpesona, perasaan yang  terlahir jujur saat menjejakkan kaki di perkarangan Aman Rimba Private Estate, terletak di Janda Baik, yang mengambil masa cuma 50 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Gaya Hidup Sun, 12 Aug 2018
Gaya Hidup Tue, 20 Feb 2018

Nak Gigi Kekal Putih Bersih Dan Bersinar? Jangan Makan Atau Minum 7 Bahan Ini

Tak perlu susah-susah dapatkan rawatan teeth bleaching, hanya elak atau kurangkan makanan ini.

Featured Thu, 23 Apr 2020
Gaya Hidup Mon, 11 Jun 2018

Guna Serbuk Pengeras Minyak Ini Untuk Mudahkan Anda Buang Minyak Masak

Sangat mudah! Guna serbuk pengeras ini, dan minyak masak anda akan jadi lebih senang untuk dibuang.

Featured Thu, 23 Apr 2020

PKP dilanjut sehingga 12 Mei dengan sedikit kelonggaran

Peperangan menentang COVID-19 perlu diteruskan

Gaya Hidup Mon, 19 Mar 2018

Mahu Rasai Keseronokan Berganda Cuti Sekolah Ini? Jom Ke Mamee Jonker House, Melaka

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seisi keluarga di mana pengunjung boleh meneroka keunikan World of Good Taste Gallery, Noodle Doodle, Lil Monsters Kitchen & Merchandise Store, semuanya di bawah satu bumbung!

Featured Thu, 7 May 2020
error: Content is protected !!